berita

‘Jangan Perlekeh Persembahan Orang Lain’ – Siti Sarah

March 16th, 2021 | by AnisAffandi
Kini Trending

Foto: UtusanTV

Persembahan penyanyi Nabila Razali yang menyanyikan lagu Peluang Kedua di pentas Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) terus hangat diperkatakan walaupun penyanyi itu telah pun memohon maaf.

Artikel berkaitan: ‘Saya Dah Cuba Buat Yang Terbaik, Maaf’ – Nabila Razali

Artikel berkaitan: ‘Saya Bukan Kutuk’ – Hafiz Hamidun Nafi Perli Persembahan Nabila Razali

Artikel berkaitan: 2 Kali ‘Terbabas’, Nyanyian Nabila Razali Di AJL35 Paling Teruk?

Berbuat baiklah sesama kita

Foto: Instagram Siti Sarah Raisuddin

Susulan daripada kecaman yang diterima oleh Nabila Razali, Siti Sarah Raisuddin tampil memberi pendapat tentang kelantangan netizen mengkritik persembahan Nabila Razali di AJL-35. Menurutnya, semua perkara haruslah ada adab, lebih-lebih lagi orang Malaysia yang kaya dengan budi bahasa dan sopan santun.

Penyanyi pun ada adab tersendiri. Sarah belajar dari setiap persembahan yang kita lakukan & Sarah belajar dari semua persembahan yang kita lihat. Every performance adalah ruang untuk jadi yang terbaik dan terbaik.

Tambahnya lagi, setiap benda yang berlaku ada baik dan buruknya serta semua yang berlaku merupakan atas izin Allah. Sarah juga berkata, artis perlu sentiasa ingat dimana tidak perlu memperlekehkan persembahan orang lain dengan belajar menghormati perkara yang dilihat.

Apa yang baik kita kena ambik, untuk kita sendiri guna. Sesuatu yang buruk tu pula kita jadikan pengajaran dan jangan pula kita kutuk.

Persembahan Nabila malam tadi Sarah nampak dia dah usaha bagi sehabis baik dan pergi kelas vokal. Jangan putus asa Nabila.

Siti Sarah turut berkongsi pengalaman dia sendiri dikecam oleh warganet.  Siti Sarah menyatakan bahawa kecaman yang diterima sangatlah tidak ‘best’. Dia turut menyeru semua orang untuk berbaik dan membantu antara satu sama lain untuk memajukan diri dan orang lain.

Siti Sarah juga menyatakan bahawa Nabila Razali sudah buat yang terbaik dan turut memberi sokongan terhadap Nabila Razali untuk tidak berputus asa.

Sumber: Instagram Siti Sarah Raisuddin

https://www.instagram.com/p/CMbvNxulACJ/?utm_source=ig_web_copy_link

SKIP THIS AD ×