berita

Janji Temu Vaksin Adalah Berdasarkan Pendaftaran Yang Pertama – KJ

March 4th, 2021 | by AnisAffandi
Kini Trending

Foto: Kosmo

Janji temu untuk mendapatkan vaksin covid-19 adalah berdasarkan daripada pendaftaran yang pertama walaupun pengguna mendaftar lebih dari sekali. Pendaftaran boleh dibuat melalui aplikasi MySejahtera bagi mendapatkan vaksin Covid-19 bermula 1 Mac 2021.

Artikel berkaitan: Cara Daftar Vaksin Covid-19 Di Aplikasi MySejahtera

Artikel berkaitan: Viral 200 Ahli SUK Negeri Didakwa ‘Potong Barisan’ Suntikan Vaksin, Ini Respon Tegas KJ

Artikel berkaitan: Tiada Sebarang Gejala Selepas Dicucuk, Perdana Menteri Minta Rakyat Malaysia Terima Vaksin

Aplikasi MySejahtera kini ditambah baik

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin dalam satu ciapan di Twitter memaklumkan aplikasi MySejahtera kini telah menambah baik ‘user interface’ (UI) bagi memastikan semua pendaftar mendapat maklumat mengenai proses pendaftaran vaksin. Pendaftar diingatkan supaya tunggu sehingga makluman pendaftaran dipaparkan. Tidak perlu untuk mendaftar semula.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata bahawa masyarakat tidak perlu risau kerana Aplikasi MySejahtera sudah ditambah baik, segala maklumat berhubung pendaftaran sudah diterima dan akan sentiasa dikemas kini.

Beliau juga turut menjelaskan kekeliruan yang dihadapi oleh bekas Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dr Ong Kian Ming.

Walau bagaimanapun, Khairy Jamaluddin terus menegaskan kepada semua rakyat Malaysia tidak perlu mendaftar semula kerana temu janji adalah berdasarkan pendaftaran yang pertama.

Sumber: Twitter Khairy Jamaluddin

SKIP THIS AD ×