berita

Janna Nick Lancar MV Terbaru, Dini Schatzmann Nasihat Jangan ‘Gatal’ Sangat

February 10th, 2022 | by Amirul Asraf
Video Popular

Pelakon dan pengacara, Janna Nick telah melancarkan muzik video (MV) lagu keempatnya iaitu ‘Gatal’, semalam. Lagu dan lirik ciptaan Aepul Roza itu ternyata memberi nafas baharu buat Janna Nick untuk permulaan tahun baru ini. Dengar kata Janna goda Shukri Yahaya, betul ke?

Artikel berkaitan: Dini Schatzmann Jadi Kekuatan Utama Janna, Susah Senang Bersama Hadap Penyakit Mental – ‘Dia Tau Apa Saya Buat Ikhlas & Tidak Menyusahkan’

Artikel Berkaitan: Dituduh Tidur Dengan Kekasih Ketika Bercuti, Janna Nick Enggan Layan Komen Netizen – ‘Kami Tak Pergi Berdua Malah Ada Keluarga’

Artikel Berkaitan: Didakwa Tak Ada ‘Job’ Sebab Selalu Dengan Kekasih, Dini Schatzmann; ‘Saya Minat Bab Kamera, Janna Tempat Terbaik Untuk Belajar’

Kamu gatal!

Kamu gatal gatal gatal, bukankah kau sudah berpunya‘ antara bait lirik yang terkandung dalam lagu ‘Gatal’ nyanyian Janna Nick. Lagu tersebut dipercayai berkisahkan tentang seorang lelaki yang ‘gatal’ memikat wanita lain meskipun, sudah ada yang bertakhta di hati. Menerusi lagu genre ‘pop’ tersebut, Janna seolah memberi pesanan buat kaum lelaki agar jangan pernah cuba untuk menjadi ‘gatal’. Meskipun, sejuta pilihan yang berada di depan mata, kaum wanita tidak akan mudah terpikat sekiranya lelaki tersebut memiliki sifat  ‘gatal’.

Di ruangan komen, rata-rata peminat Janna Nick meluahkan rasa gembira apabila artis kesayangan mereka mengeluarkan single baru. Ujar para peminat, lagu ‘gatal’ ini berjaya menyerlahkan bakat Janna Nick sebagai pelakon dan penyanyi. Bahkan, peminat turut berharap lagu tersebut bakal dijadikan ost drama di TV3.

Bakal lagu tema drama TV3 pula lepas ni.

Lirik dia best . boleh buat sound dekat Tiktok.

Lama dah tunggu lagu baru dari Janna. Akhirnya, terubat rindu.

Biarlah apa orang nak kata, Janna ada style sendiri. Takkan semua lagu nak serius saja. Paling penting menghiburkan!

Jangan gatal sangat boleh tak?

So proud of this girl right here. Whenever you set your mind on something, you will work so hard until you achieve it. That’s one of the things I admire about you. Will always be beside you as your biggest supporter. Jangan gatal sangat boleh tak?

Di Instagram, teman lelaki Janna Nick iaitu pelakon, Dini Schatzmann turut meluahkan rasa bangga melihat kejayaan teman wanitanya selepas melancarkan MV lagu ‘Gatal’ semalam. Menurut Dini, Janna seorang yang bekerja keras sekiranya mahu mendapatkan sesuatu. Semangat Janna untuk terus berusaha merupakan salah satu faktor Dini tertarik kepadanya. Tambah Dini lagi, dia akan sentiasa berada di sisi Janna untuk memberi sokongan. Dini sempat berseloroh dan menyatakan kepada Janna agar jangan gatal sangat di akhir posting tersebut.

Sumber: Janna Nick

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×