Pelakon dan pengacara, Jihan Muse memilih untuk tidak terlepas melihat anak-anaknya membesar dan memperlahankan kariernya dalam dunia seni.
Dengan kehadiran dua cahaya mata, Jihan memaklumkan dirinya lebih memilih dengan tawaran kerja yang diterima.
Artikel Berkaitan: Jihan Muse Mahu Rehat & Beri Tumpuan Kepada Keluarga, Gembira Elly Mazlein Berjaya Meriahkan GV9
Artikel Berkaitan: Tahniah! Jihan Musa Selamat Melahirkan Cahaya Mata Keduanya
Artikel Berkaitan: Jihan Muse Hamil Enam Bulan, Diduga Dijangkiti Covid-19 Masa Trimester Pertama
‘Saya belum bersara’
Ketika ditemui OhBulan!, Jihan, 40, memaklumkan ada yang menyangka dirinya sudah bersara dari dunia hiburan hanya kerana tidak memperbaharui kontrak.
Tambah Jihan, segala tawaran yang diberikan kepadanya, dia harus melihat jadual suaminya dahulu yang juga seorang pelakon, Ungku Hariz untuk mengambil alih tugas menjaga anak-anak di rumah.
Saya belum bersara. Saya banyak ambil job yang masa dia pendek. Kalau shooting drama, memang saya tak buat dah.
Tambahnya lagi, dia ingin menyahut cabaran suaminya untuk melakukan tanggungjawab di rumah seperti mana lincah beraksi di luar.
Jihan berkata demikian ketika sidang media I Can See Your Voice Malaysia Musim ke-6 (ICSYVM) yang diadakan di Cornerstone IPC, Kuala Lumpur, semalam.
Kata-kata dari rakan artis senior
Apabila ditanya tentang anak, Jihan menyatakan bahawa ramai rakan-rakan artis yang senior kesal kerana terlalu fokus pada karier sehingga terlepas melihat anak-anak membesar.
Saya ambil hal itu sebagai pengajaran. Saya fikir kalau asyik sibuk bekerja, saya pun mungkin melalui hal yang sama. Tiba-tiba anak dah besar.
Dalam pada itu, Jihan akui bahawa Ungku merupakan pendorong utama buat dirinya dalam menjalankan tugas sebagai seorang ibu dengan lebih baik dari sebelum ini.
Program keluarga nombor satu di Malaysia yang kini kembali dengan menampilkan ramai wajah-wajah baru seperti Shiha Zikir, Khir Rahman, Ropie dan Baby Shima.
ICSYVM yang dihoskan oleh Izzue Islam dan Shiha Zikir ini bakal bersiaran pada 4 Jun ini, setiap hari Ahad pada pukul 9 Malam di saluran TV3.