berita

JKM Melaka Mohon Hak Jagaan Sementara Terhadap 2 Lagi Adik Zubaidi Amir

February 1st, 2021 | by Amat
Kini Trending

Pemergian seorang kanak-kanak yang berusia enam tahun iaitu Zubaidi Amir telah undang simpati ramai pihak. Rata-rata merasa sebak apabila mengetahui kanak-kanak lelaki itu dipercayai didera oleh keluarga kandung selepas tiga bulan diserahkan oleh keluarga angkat.

Artikel berkaitan: Kanak-Kanak Maut Selepas 3 Bulan Diserahkan Kepada Keluarga Kandung, Dipercayai Didera

Artikel berkaitan: ‘Pemergian Amir Beri Kesan Kepada Seluruh Keluarga Saya’ – Ibu Angkat

Terbaru, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Melaka menerusi laporan Harian Metro bakal mengumumkan permohonan kepada mahkamah bagi mendapatkan hak penjagaan sementara terhadap dua lagi adik-beradik kepada mangsa Zubaidi Amir itu.

Dapatkan hak penjagaan sementara

Difahamkan, dua adik-beradik kepada mangsa masih lagi dibawah jagaan ibu kandung mereka. Exco Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan Negeri iaitu Datuk Latipah Omar memaklumkan permohonan tersebut adalah bagi memastikan kebajikan dua beradik tersebut terpelihara berikutan tragedi menyayat hati yang telah berlaku.

Suspek dikatakan mempunyai tiga lagi anak dan seorang daripada mereka dijaga oleh nenek wanita berkenaan manakala dua lagi, selain mangsa tinggal bersamanya.

JKM Melaka akan mengemukakan permohonan bagi mendapatkan hak penjagaan sementara untuk menjaga kedua-dua adik-beradik ini sehingga kes berkenaan selesai.

Bagaimanapun, Datuk Latipah Omar tidak mendedahkan jantina dan umur adik-beradik mangsa yang lain.

Wajarlah JKM ambil tindakan

Sementara itu, memetik laporan The Malaya Post, Datuk Latip Omar turut mengambil kira keadaan kedua-dua orang suspek yang kini sedang ditahan reman bagi membantu siasatan dan mengambil kira keadaan kesihatan neneknya.

Ada akta yang boleh kita ambil memandangkan kita tengok nenek dia juga sudah berusia dan perlu menjaga kakak mangsa yang berusia sembilan tahun.

Takkan dia nak jaga pula adik-adik yang kecil ini, kita takut dia terabai dari segi susu, pakaian dan penjagaan diri. Jadi wajarlah JKM ambil tindakan sebegini.

Permohonan hak penjagaan sementara dari JKM Melaka itu akan dibuat mengikut Seksyen 17(1)(j) Akta Kanak-Kanak 2001.

Sumber: Harian Metro, The Malaya Post

SKIP THIS AD ×