Umum mengetahui pasangan selebriti Farid Kamil dan Diana Danielle sedang berdepan dengan masalah rumah tangga.
Walaupun terdapat usaha daripada Farid Kamil untuk menyelamatkan rumah tangganya, namun begitu, Diana masih dengan pendiriannya untuk meneruskan proses penceraian.
Artikel Berkaitan: Nama Digugurkan Ke Malam Gala, Johan As’ari Rasa Tidak Profesional
Artikel Berkaitan: ‘Jenis Nak Tunjuk Dekat Semua Orang’ – Kongsi Video Mengaji Pun Johan As’ari Kena Kecam
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Farid Kamil Dah 23 Hari Tak Jumpa Anak-Anak, Diana Danielle Dedah Aurora Trauma
Sayang mereka
Berikutan isu hangat berkenaan pasangan selebriti itu, pelakon Johan As’ari dilihat memuat naik beberapa keping foto dan video sewaktu di tanah suci bersama Farid dan keluarganya di laman Instagram.
Tambah Johan, hantaran itu merupakan kenangan sewaktu menunaikan umrah bersama pelakon ‘Remp-It 2’ itu.
Kenangan umrah ziarah bersama kekanda yang mulia @faridkamilz & keluarga.
Sayang mereka semua kerana Allah Ta’ala.
Dalam hantaran tersebut, terdapat foto yang memperlihatkan Diana memeluk erat Farid yang mencetus rasa sebak dalam kalangan netizen.
Semoga kembali bersama
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sebak dengan ujian yang menimpa pasangan selebriti itu. Selain itu, pelbagai doa yang ditinggalkan buat Farid dan Diana agar ada sinar untuk mereka berbaik kembali demi kebaikan anak-anak.
Sumber: Instagram @johanarrif_asari