berita

Jumpa Lewat Malam Alasan Tayar Pancit, Wanita Putih Mata Pelanggan Bayar RM2,200 Guna Duit Palsu

March 1st, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Imah Dp

Seorang wanita berputih mata selepas pelanggannya dipercayai menggunakan duit palsu untuk membeli barangan kemas yang dijual.

Artikel Berkaitan: Menyamar Nak Pinjam RM500 Dekat ‘Anak’ Tapi Taktik Tak ‘Smooth’ – ‘Esok Pagi Saya Bayar Balik’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Dah Buka Parcel, Tak Nak Bayar COD Sebab Baju Ketat

Artikel Berkaitan: Dah Order Punya Banyak, Bila Dah Sampai Tempat COD Boleh Pula Cakap Nak Main-Main Ja…

Berputih mata ditipu pembeli

Foto: Imah Dp

Menerusi hantaran tersebut, mangsa mendakwa telah ditipu oleh seorang individu dikenali sebagai Ain, yang membayar sebanyak RM2,200 menggunakan duit palsu. Pada mulanya mereka berdua telah bersetuju untuk berjumpa pada waktu petang namun pelanggan tersebut memberikan pelbagai alasan seperti tayar kereta pancit. Mereka akhirnya berjumpa pada jam 12.15 tengah malam untuk sesi urus niaga.

Dealnya sejak petang berlanjutan sampai jam 10. Kemudian dia kata tayar pancit pula. Sampai la jam 12.15 malam. Berlari dia kononnya rushing sebab dah lewat sangat. Terus dia bayar total kerugian rm2,200.

Apa yang lebih menyedihkan apabila duit tersebut sepatutnya digunakan bagi menampung kos perubatan anaknya.

Menerusi perbualan mesej yang dikongsi individu berkenaan sama sekali tidak membalas mesej mangsa selepas sesi jual beli dilakukan dan wanita ini tampil membuat laporan polis.

Respon netizen

Ketika artikel ini ditulis, tidak dapat dipastikan sama ada individu berkenaan sudah ditahan atau pun tidak.

Sumber: Imah Dp

SKIP THIS AD ×