Sekadar gambar hiasan
Modus operandi yang digunakan oleh scammer (penipu) bagi mendapatkan RM500 dengan cara mudah tidak berhasil berikutan menggunakan ‘bahasa’ yang salah. Kisah yang boleh dijadikan pengajaran ini telah dikongsi oleh seorang gadis dikenali sebagai Dina di laman Twitter.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Dah Buka Parcel, Tak Nak Bayar COD Sebab Baju Ketat
Artikel Berkaitan: Dah Order Punya Banyak, Bila Dah Sampai Tempat COD Boleh Pula Cakap Nak Main-Main Ja…
Artikel Berkaitan: Punya Takut Suami Marah Bayar Caj COD, Wanita Gigih Kira Kos Peniaga Sampai Guna Excel!
Nak tipu tapi tak ‘clean’
Menerusi ciapan tersebut, gadis ini mendakwa akaun Telegram bapanya telah digodam oleh seorang individu lain dipercayai dari Indonesia. Menerusi perbualan tersebut, individu berkenaan sempat ‘berlakon’ seolah-olah bapanya dan ingin meminjam wang sebanyak RM500.
Apa yang lebih melucukan apabila individu berkenaan sempat bahasakan dirinya sebagai ‘saya’ dan menjelaskan akan membayar hutang tersebut semula pada esok pagi. Perkara tersebut secara tidak langsung membuatkan gadis ini berasa hairan kerana ‘bapanya’ menggunakan panggilan ‘saya’.
Esok pagi saya bayar balik.
Perbualan penuh
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargamaya turut terhibur dengan taktik yang digunakan oleh individu berkenaan bagi meraih wang dengan cara yang mudah.
Ketika artikel ini ditulis, ciapan tersebut telah meraih 105 tanda retweet dan 133 tanda suka.
Mana ada bapa cakap dengan anak dia guna saya.
Lain macam abah cakap saya. Hahahaha.
Awal tu cerdik hujung-hujung tu bod**.
Sumber: Dina