berita

Jurusolek Kuatkan Diri Make Up Pengantin Pada Hari Sama Bapa Meninggal Dunia – ‘Level Paling Hancur Tapi Harus Bertahan’

January 19th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Walaupun perit kehilangan insan tersayang, seorang gadis tetap kuatkan diri untuk menjadi jurusolek (make up artist) seorang pengantin pada hari yang sama bapanya meninggal dunia. Semoga terus kuat!

Artikel Berkaitan: Make Up Tak Lawa Masa Majlis Nikah, MUA Salahkan Pengantin Kening Tebal Sangat

Artikel Berkaitan: Pakai Emas 60kg Masa Kahwin, Tetamu Kasihan Pengantin Perempuan Kena ‘Tayang’ Hantaran’ Suami

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Terima Emas 1/2 Kilogram, Rumah Agam 3 Tingkat & Duit Hantaran RM30k, Wanita Bertuah Dapat Suami Kaya!

Insan tersayang meninggal dunia

Menerusi video yang meraih 500k tontonan di laman TikTok, dikongsi seorang gadis menceritakan bapa tersayang ‘pergi’ menghadap Sang Pencipta ketika hari dia dijadualkan bekerja.

Walaupun sedih ketika itu, gadis ini tetap menjalankan tanggungjawab hakiki sebagai jurusolek dan hasilnya dapat dilihat begitu memuaskan.

Hidup paling hancur tapi Alhamdulillah boleh diteruskan. Harus tetap kerja walau hari itu ayah meninggal. Level paling hancur tapi harus bertahan.

Mengulas lebih lanjut, gadis ini menceritakan dia sempat mengiringi jenazah bapanya hingga ke liang lahad.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen sempat menitipkan kata-kata semangat buat gadis ini dan turut sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham bapanya.

Video penuh:

@arrumfl

Hidup paling ancur tp alhamdulillah bisa dilewati ?

? suara asli – jasjus dust

Sangat profesional

Sumber: arrumfl

SKIP THIS AD ×