berita

Juruterbang Meninggal Dunia Di Tandas Pesawat, 271 Penumpang Terselamat

August 27th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Seorang juruterbang maut selepas rebah di tandas pesawat Latam Airlines yang dalam penerbangan dari Miami ke Santiago, Chile, baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: Nahas Pesawat Terhempas Di Elmina Bukan Tragedi Pertama, Rupanya….

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Rakaman ‘Dashcam’ Kejadian Pesawat Terhempas Di Elmina

Artikel Berkaitan: EXCO Pahang Antara 10 Terkorban Nahas Pesawat Terhempas Di Elmina

Meninggal dunia

Menerusi laporan Daily Mail, seramai 271 penumpang berada di dalam pesawat tersebut. Ketika kejadian, Kapten Ivan Andaur mula berasa tidak sihat selepas tiga jam dalam penerbangan tersebut. Berikutan daripada itu, kapten tersebut ditemui rebah di bilik air sebelum menerima rawatan kecemasan daripada anak kapal, lapor Simple Flying.

Penerbangan itu mengambil masa 30 minit untuk melencong ke Lapangan Terbang Antarabangsa Tocumen di Panama City. Pasukan kecemasan mengisytiharkan Andaur, seorang juruterbang veteran berpengalaman 25 tahun, meninggal dunia apabila pesawat itu selamat mendarat.

Penerbangan LA505, yang mengendalikan Boeing 787-9 Dreamliner, berlepas dari Miami pada 10.11 malam baru-baru ini, turut mempunyai kapten bantuan dan pegawai pertama, ketika kejadian itu.

Latam Airlines Group melaporkan bahawa penerbangan LA505 yang berada di laluan Miami-Santiago, terpaksa mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Tocumen di Panama City, kerana kecemasan perubatan untuk seorang daripada tiga kru komander.

Apabila pesawat itu mendarat, perkhidmatan kecemasan bergegas ke dalam pesawat, namun juruterbang itu disahkan sudah meninggal dunia.

Syarikat penerbangan itu turut berkata, pihaknya sedih dengan apa yang berlaku dan mengucapkan takziah kepada pihak keluarga.

Sumber: Daily Mail

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×