berita

Nahas Pesawat Terhempas Di Elmina Bukan Tragedi Pertama, Rupanya….

August 18th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Semalam, negara dikejutkan dengan berita nahas pesawat persendirian di Elmina. Kejadian tersebut telah meragut nyawa 10 mangsa termasuk seorang EXCO Kerajaan Pahang.

Artikel Berkaitan:‘Patut La Sedih Sangat, Rupanya Adik Sepupu Sendiri’

Artikel Berkaitan: ‘Saya Amat Bersedih Dengan Kehilangan Ini’ – Young Syefura

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Rakaman ‘Dashcam’ Kejadian Pesawat Terhempas Di Elmina

Artikel Berkaitan: EXCO Pahang Antara 10 Terkorban Nahas Pesawat Terhempas Di Elmina

Artikel Berkaitan: ‘Terdengar Bunyi Dentuman Yang Kuat…Nampak Seseorang Dalam Keadaan Terbakar Rentung’ – Saksi

Menerusi laporan Berita Harian, kejadian seperti itu pernah berlaku suatu ketika dahulu dan ianya terjadi di tempat yang sama. Tragedi pertama membabitkan Japan Airlines Flight 715, pada 27 September 1977 yang meragut 34 nyawa.

Japan Airlines Flight

Dalam nahas tersebut, 26 penumpang dan lapan anak kapal maut selepas Japan Airlines Flight 715 terhempas di sebuah bukit di Estet Elmina yang ketika itu masih ladang getah.

Pesawat McDonnell Douglas DC-8 dengan 69 penumpang dan 10 anak kapal itu sepatutnya mendarat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) di Subang sebelum menuju ke Singapura.

Pada waktu itu juga, terdapat 29 penumpang warga negara Jepun berada dalam penerbangan tersebut. Pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Haneda di Tokyo dan terbang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Changi di Singapura dan mendarat di Lapangan Terbang Kai Tak di Hong Kong.

Difahamkan, daripada Jabatan Penerbangan Awam (DCA), dua jam selepas penerbangan, kawalan trafik udara LTSAAS memberitahu Japan Airlines Flight 715 untuk memulakan pendaratan di landasan 15.

Pesawat itu terbang di bawah paras minimum 750 kaki, kemudian pada 300 kaki, ia terhempas ke tepi bukit, 6.44 kilometer dari lapangan terbang. Pesawat itu rosak disebabkan impak hentaman, bukan kerana kebakaran.

Cuaca buruk

Di samping itu, laporan penyiasatan DCA menyatakan ketika nahas, cuaca buruk di sekitar lapangan terbang dan pesawat berada pada sistem navigasi radio julat omni-arah frekuensi yang sangat tinggi untuk pendekatan pesawat.

Siasatan bagi menentukan punca kemalangan adalah kapten menerbangkan pesawat di bawah altitud penurunan minimum tanpa melihat landasan dan meneruskan penurunan menyebabkan pesawat itu terhempas sebelum tiba ke lapangan terbang.

Kematian kru penerbangan di lapangan terbang disebabkan cuaca buruk yang turut menyumbang kepada kemalangan. Pegawai pertama tidak mempersoalkan kapten kerana melanggar peraturan.

Sumber: Berita Harian

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×