berita

Nahas Pesawat Terhempas, Wanita Nyaris ‘Hilang’ Dua Anak

August 20th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sudah tiga hari berlalu, kisah mengenai tragedi pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam masih menjadi sebutan dan mencuri perhatian netizen di media sosial.

Artikel Berkaitan: Sanggup Kerja Siang Malam, Rakan Dedah Arwah Hafiz Mahu Bantu Tanggung Belanja Adik Kahwin

Artikel Berkaitan: Juruterbang Nahas Pesawat Terhempas Di Elmina Dah 4 Tahun Menduda, Bapa Akan Jaga Tiga Cucu

Artikel Berkaitan:Mungkin Dia Sudah Rasa Hendak Pergi Meninggalkan Kami’

Artikel Berkaitan:‘Patut La Sedih Sangat, Rupanya Adik Sepupu Sendiri’

Artikel Berkaitan: ‘Saya Amat Bersedih Dengan Kehilangan Ini’ – Young Syefura

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Rakaman ‘Dashcam’ Kejadian Pesawat Terhempas Di Elmina

Artikel Berkaitan: EXCO Pahang Antara 10 Terkorban Nahas Pesawat Terhempas Di Elmina

Artikel Berkaitan: ‘Terdengar Bunyi Dentuman Yang Kuat…Nampak Seseorang Dalam Keadaan Terbakar Rentung’ – Saksi

Artikel Berkaitan: Nahas Pesawat Terhempas Di Elmina Bukan Tragedi Pertama, Rupanya….

Terbaru, seorang wanita mendedahkan nahas tersebut nyaris mengorbankan dua anaknya yang ketika itu dalam perjalanan pulang ke rumah dari sekolah menaiki kereta yang dipandu guru mereka.

Hampir hilang anak

Foto: guru yang menyelamatkan anak-anak

Di TikTok, wanita yang dikenali sebagai Lily memberitahu kereta yang dinaiki oleh anak-anaknya bersama guru mereka hanya berada di hadapan kereta yang dirempuh pesawat berkenaan.

Saya hampir kehilangan anak-anak saya, tetapi mereka dilindungi Allah. Allah gerakkan hati teacher (guru) untuk pecut. Sebak bila dia beritahu, hati dia cuma ingat anak-anak saya dekat belakang je. Dia cuma fikir nyawa anak saya masa tu. Yang paling sedih, anak saya tak pandai cakap, tak boleh bercerita macam anak-anak lain. Cuma sebut ‘teacher, boom boom’.

Lily sempat berkongsi rakaman video daripada dashcam kenderaan guru anaknya. Menerusi video tersebut, kelihatan kereta yang dipandu guru anak-anaknya memotong sebuah kereta putih. Hanya beberapa saat selepas melepasi kereta putih tersebut, kelihatan letusan api bersama kepulan asap hitam di udara.

Difahamkan kereta putih tersebut dipandu oleh pemandu e-hailing, Allahyarham Sharipuddin Shaari, yang terkorban dalam insiden tersebut.

Dalam perkongsian itu juga, wanita berkenaan melahirkan rasa syukur kerana anak-anaknya bersama guru mereka dilindungi-Nya daripada terlibat dalam nahas berkenaan. Ujar Lily, dia terhutang budi kepada guru tersebut.

Sumber: TikTok

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×