Kakak ipar kepada Aslam iaitu Nadiah Mazlan membuat luahan di Instagram Stories mengenai keadaan adik kesayangannya, Misya Mazlan.
Artikel Berkaitan: ‘Betul Marissa Dania Hakim & Aslam Nikah Di Songkhla Thailand’
Artikel Berkaitan: Wanita Kongsi Video Bekas Suami Dakwa Marissa Kejar Balik Selepas Nekad Nak Berubah – ‘Aslam Tak Boleh Lawan Kelemahan’
Pilih diamkan diri
Menurut Nadiah, Misya langsung tidak membuka mulut mengenai perkahwinan Ahmad Aslam dengan Marissa Dania Hakim malah memilih untuk menjauhkan diri daripada keluarga.
Dia tak cerita dan mungkin tak nak cerita sebab benda pun dah jadi.
Tapi selalu nampak ‘repost’ di TikTok tentang emosi, luahan, kesengsaraan, penderitaan, sampai jatuh sakit.
Dia jauhkan diri dari kami, dari semua, aku sedih. Sedih sangat sebab aku paling rapat dengan dia.
Aku nampak semua tu, aku cuba tak nak fikir, tak nak ambil tahu. Tapi aku tak boleh, jiwa aku sakit, hati aku sakit bila tengok semua tu.
Dakwa Nadiah, Misya mengetahui tentang pernikahan suaminya sehari sebelum tiba di Kuala Lumpur dari Tanah Suci Makkah. Katanya, Misya langsung tidak menitiskan air mata.
Masa dekat sini aku nampak dia fokus buat ibadah. Segala doanya didengari. Sehari sebelum nak sampai ke tanah air, tahu-tahu diuji sebegitu rupa.
Riak mukanya? Tenang saja. Air mata? Langsung tak ada.
Masih panjang perjalanan dia
Dalam pada itu, Nadiah atau lebih mesra disapa Kakya memohon kepada orang ramai untuk menitipkan kata semangat dan nasihat kepada adiknya yang sedang berdepan dugaan rumah tangga.
Pada malam Rabu, Nadiah mengesahkan Aslam sudah berkahwin dengan pempengaruh media sosial di Songkhla, Thailand, pada Disember lalu.
Pasangan itu dikatakan mendirikan rumah tangga tanpa pengetahuan isteri pertama, Misya Mazlan dan keluarga Marissa.
Terdahulu, anak kepada pasangan selebriti, Norman Hakim dan Abby Abadi menerima kecaman hebat sekitar setahun yang lalu apabila timbulnya dakwaan yang mengatakan dia menjadi orang ketiga dan penyebab kehancuran rumah tangga Misya.
Namun, Aslam dan Misya mengambil keputusan untuk rujuk semula selepas kontroversi itu reda.
Pada November tahun lalu, ibu kepada dua cahaya mata itu tampil membongkar dakwaan kisah kecurangan bekas suaminya dengan model muslimah berumur 19 tahun.
Menerusi ciapan di X, wanita terbabit mendakwa Marissa menjadi penyebab utama dia diceraikan suaminya selepas tiga tahun melayari bahtera rumah tangga.
Lebih mengeruhkan keadaan apabila Misya mendakwa Marissa telah ‘check-in’ dengan bekas suaminya (ketika itu). Mengukuhkan lagi dakwaan itu, Misya mendedahkan sekali bukti resit.
Sumber: Instagram