berita

‘Kalau Betul Sayang Isteri Pertama, Tak Adanya Nak Kahwin Isteri Kedua’ – Shila Amzah

August 21st, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

shila abang tesla

Abang Tesla telah menjadi bualan hangat di media sosial apabila telah berkahwin kali kedua selepas mendapat restu daripada isteri pertamanya, Nurmajdina Jamari.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Abang Tesla Dapat Restu Kahwin Kali Kedua -‘3 Jam Sebelum Nikah, Solat Subuh Bersama Diiringi Air Mata’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Siang Suami Ceraikan Isteri Pertama, Malam Miera Liyana Keluar ‘Dinner’ Satu Keluarga

Setia lagi mahal

Abang Tesla

Perkahwinan itu juga menarik perhatian penyanyi Shila Amzah untuk bersuara di platform X yang sebelum ini dikenali sebagai Twitter.

Menerusi ciapan tersebut, Shila, 33, meluahkan rasa marah dengan tindakan Abang Tesla yang sanggup berkahwin lagi. Katanya, seorang suami yang menyayangi isteri sepenuh hati tidak akan tergamak untuk menghadiahkan ‘madu’.

Kalau awak betul sayang isteri pertama, tak adanya nak kahwin isteri kedua. Walaupun dapat izin dari isteri pertama itu.

Eh baran tengok TikTok hari ini (Ahad).

Dalam pada itu, pemilik nama Nurshahila Amir Amzah turut menyelar kata-kata yang ditulis Abang Tesla di hantaran video terbabit.

Fikir logik saja. Jangan nak buat appreciation post panjang berjela nak tunjuk bagaimana awak hargai isteri pertama bila awak buat keputusan untuk menduakan dia.

Sebelum ini, Abang Tesla atau nama sebenarnya Muhammad Khal Iltizam Yusry telah mengejutkan pengikutnya apabila mengumumkan sudah bernikah sekali lagi.

Menurut Abang Tesla, isteri pertamanya reda dan hanya menjaga aibnya sebagai suami.

Sumber: X (Twitter)

SKIP THIS AD ×