Pelakon Zahiril Adzim menyatakan bahawa seorang pelakon berhak untuk menolak jika tidak mampu melakukan aksi yang diminta pihak produksi demi keselamatan diri sendiri.
Artikel Berkaitan: Zahiril Adzim & Isteri Tak Kisah Anak Ceburi Bidang Seni
Artikel Berkaitan: ‘Ada Babak Intim Atas Katil, Terus Saya Tolak’ – Zahiril Adzim
Artikel Berkaitan: Pengarah Didakwa Lepas Tangan Selepas Wafariena Alami Kecederaan, Azhan Rani Dedah Pernah Alami Nasib Sama – ‘Siapa Nak Tanggungjawab?’
Jangan salahkan orang kalau diri sendiri yang rela hati nak buat
Ketika ditemui Ohbulan!, Zahiril Adzim memberi respon tentang dakwaan lepas tangan oleh sesetengah pihak produksi ke atas pelakon untuk melakukan aksi di dalam penggambaran. Menurutnya, pelakon boleh mencabar diri dengan bersetuju membawa aksi diluar kemampuan namun tidak boleh menunding jari kepada orang lain sekiranya berlaku sebarang kecelakaan.
Pelakon ada hak untuk tolak sebenarnya untuk membawa babak-babak yang kurang diyakini ketika pra produksi. Kalau kita tak yakin, jangan buat. Tapi kalau nak cabar diri, silakan. Tetapi harus ingat, kalau apa-apa jadi kita jangan salahkan orang, melainkan dipaksa oleh pihak produksi.
Susulan daripada itu, Zahiril berharap ada persatuan yang dapat membantu jika benar terdapat isu paksaan dalam melakukan aksi berbahaya ke atas pelakon.
Zahiril berkata demikian ketika tayangan filem Siku 12 Langkah Derhaka yang diadakan di GSC The Starling Mall, Damansara, semalam.
Menerusi filem arahan Azhari Zain itu, Zahiril digandingkan dengan aktor terkenal, Syafiq Kyle selaku teraju utama.
Selain Zahiril dan Syafiq, filem ini dimantapkan dengan barisan pelakon hebat yang lain seperti Moon, Lobak, Tuan Asmawi Tuan Umar, Pon Muay Thai, Anas Mentor, Shahmiey Odd, Pak Salleh, Chiang, Azman Ahmad dan Bai Chot.
Filem Siku 12 Langkah Derhaka akan mula ditayangkan di 66 pawagam seluruh Malaysia bermula 27 Oktober 2022. Ia juga akan ditayangkan serentak di Singapura dan Brunei Darussalam.