berita

Kamera Utama Sehingga 200MP, Samsung Galaxy S23 Series Cetus Kelainan. Hebat!

February 3rd, 2023 | by Syamirul
Kini Trending

Akhirnya! Samsung Galaxy S23 series kini berada di pasaran Malaysia secara rasmi dengan ciri fotografi yang tersendiri dan prestasi yang berkuasa untuk kegunaan seharian korang.

Apa yang paling penting, Galaxy S23 series ini didatangkan dengan sistem kamera yang luar biasa dan juga reka bentuk yang lebih estetik, serta memberikan pengalaman hebat kepada pengguna.

Mesti korang dah tak sabar nak rasai sendiri pengalaman yang luar biasa dengan Galaxy S23 series kan?

Jom min kongsikan kenapa Galaxy S23 series merupakan smartphone yang bakal menjadi pilihan ramai terutama content creator dan peminat fotografi di luar sana.

Samsung Galaxy s23 series peranti mudah alih wajib dimiliki tahun ini!

Samsung Galaxy S23 series merupakan smartphone yang telah dinaik taraf sehingga menjadikannya yang terbaik pada tahun ini dengan keupayaan Nightography dan rakaman video yang lebih tajam dari sebelumnya.

Samsung Galaxy s23 series ini terdiri daripada:

  • Samsung Galaxy S23 Ultra
  • Samsung Galaxy S23+
  • Samsung Galaxy S23

Haaa…korang pilih jer nak gunakan yang mana sebab memang korang tak akan menyesal!

Korang tahu kan, tahun ni banyak concert bakal diadakan di Malaysia? Mesti korang nak rakam moment-moment yang terbaik untuk kenangan betul tak?

https://www.youtube.com/watch?v=cXJy11bk__U

Min suggest kan korang gunakan Galaxy S23 Ultra sebab ia mempunyai kamera yang paling canggih dan premium tau.

Nak tahu sebab apa?

Dengan megapiksel terbanyak dan kawalan kreatif yang lebih luas, kamera epik ini mengoptimumkan foto dan video dalam apa jua keadaan.

Lepas ni boleh lah korang kembangkan kreativiti korang seperti merakam video menggunakan fungsi Nightography yang benar-benar sinematik baik siang atau malam.

Kamera Galaxy S23 series ini telah direka khas untuk disesuaikan dengan pelbagai jenis keadaan pencahayaan dan sangat lah sesuai untuk fotografi di malam hari.

Bila korang tangkap gambar atau merakam video dengan Galaxy S23 series ni pada waktu malam, algoritma kamera akan diperhalusi untuk mengoptimumkan objek agar sesuai dengan keadaan cahaya malap lalu menghasilkan imej yang lebih berkualiti tinggi dan lebih jelas.

Silap-silap tak payah edit pun memang dah mantap!

Walaupun begitu, Galaxy S23+ dan S23 tak kurang hebatnya. Saiznya yang lebih kompak dengan kemampuan kamera serta perisian yang telah ditambah baik, peranti mudah alih diluar sana bukanlah saingan mereka.

Smartphone ini juga dilengkapi dengan pelbagai teknologi terkini, sekaligus membuatkan korang kena jadikannya sebagai pilihan pertama korang tau!

Mampu hasilkan gambar setaraf profesional diluar sana!

Dengan smartphone dari Samsung ini, pengguna akan dapat menangkap imej dengan ketepatan yang luar biasa.

Hal ini kerana, Adaptive Pixel Sensor baharu dari Samsung dapat menyokong pelbagai peringkat pemprosesan resolusi tinggi seperti 12MP, 50MP atau 200MP bergantung pada keperluan korang sendiri.

Bukan setakat itu jer, kamera hadapan juga mempunyai 12MP Dual Pixel Auto Focus untuk selfie yang lebih jelas.

 Fuhh nikmat apa yang didustakan ni!

Risau tangkap gambar bergegar?

Mesti korang selalu alami masalah tangkap gambar bergegar kan? 

Kini korang dah tak perlu risau lagi sebab Samsung mempunyai fungsi Doubled Optical Image Stabiliser (OIS) pada semua model Galaxy S23 series untuk mengurangkan gegaran dan mengekalkan kejelasan.

Ini yang kita mahukan!

Nikmati kelainan yang luar biasa hanya dengan Samsung!

Kalau korang perasan kan, ramai content creator diluar sana menggunakan Galaxy S23 series untuk merakam video mereka sebab adanya fungsi rakaman video beresolusi 8K serta lensa yang lebih lebar untuk menangkap imej yang lebih baik.

Untuk siapa-siapa yang mahukan kamera yang lebih berkuasa, Galaxy S23 series ni memang pilihan yang terbaik sebab ia turut disertakan dengan Expert RAW Mode yang menjanjikan lebih banyak tetapan buat pengguna dalam mendapatkan imej yang lebih profesional.

Kamera hadapan juga menawarkan mod astrophoto untuk korang yang gemar berselfie. Baru lah flawless!

https://www.facebook.com/SamsungMalaysia/videos/698068261860064

Memang berbaloi kalau korang dapatkannya sekarang. Kita semua tahu yang produk keluaran Samsung memang tidak pernah mengecewakan dan mereka sentiasa menambah baik fungsi yang ada pada smartphone mereka untuk kesenangan korang juga!

Jadi tunggu apa lagi cepat klik sini untuk membuat tempahan sekarang sebelum terlambat tau!

Untuk maklumat lanjut korang boleh layari laman web rasmi Samsung atau ke laman Facebook mereka. Ini baru betul ‘Epic nights are coming’!

SKIP THIS AD ×