Pelakon Tiz Zaqyah meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan sebuah rumah produksi yang menawarkan bayaran sebanyak RM500 sehari kepada pelawak dan aktor senior, Azlee Senario.
Artikel Berkaitan: Lelaki Kecam Azlee Senario Tak Reti Syukur Dapat Offer RM500 Sehari, Netizen ‘Back Up’ – ‘Rate Paling Rendah RM1500’
Artikel Berkaitan: ‘Dalam Sebulan Saya Boleh Dapat RM15,000’ – Azlee Senario Syukur, Dapat Bayar Kereta & Rumah Guna ‘Gift’ TikTok
‘Intern?’
Menerusi ciapan di platform X, Tiz berkata pelawak tersebut bukan pelajar latihan industri atau ‘intern’ untuk ditawarkan dengan jumlah sedemikian.
Kau ingat abang Azlee intern?
Ciapan berkenaan kemudian mendapat pelbagai reaksi wargamaya yang rata-ratanya menyokong pandangan aktres tersebut.
Kata wargamaya, Azlee sewajarnya diberikan bayaran yang lebih tinggi dan setimpal kerana dia merupakan seorang pelawak dan pelakon senior yang sudah banyak menghiburkan penonton.
Sebelum ini, Azlee meluahkan rasa terkilan terhadap sebuah produksi selepas didakwa menawarkan bayaran tidak setimpal iaitu sebanyak RM500 untuk sehari.
Bagaimanapun, pelawak berusia 56 tahun itu mengambil pendekatan untuk tidak mendedahkan nama produksi yang dimaksudkannya.
Sementara itu, Azlee menerusi temu bual bersama media berkata dia tidak melatah apabila dituduh bersikap sombong kerana menolak tawaran berkenaan.
Jelasnya, bayaran RM500 sama sekali tidak berbaloi apabila ada beberapa perkara tambahan yang perlu disediakan sendiri olehnya termasuk pakaian, kelengkapan lain dan kos pengangkutan ke luar kawasan.
Sumber: X