Sekadar gambar hiasan
Seorang remaja perempuan yang berusia 17 tahun ditemui maut di sebuah flat di Jalan Pulai 84/11, Taman Pulai Utama, Kangkar Pulai pada hari selasa yang lalu. Mangsa dipercayai terjatuh dari tingkat lima sebuah flat.
Artikel Berkaitan: Bapa Terkejut Jumpa Mayat Anak Dipercayai Terjatuh Dari Tingkat 4 Flat
Artikel Berkaitan: Nak Hidup Bahagia Dengan Teman Wanita, Bapa Campak Dua Anak Dari Tingkat 15 Rumah Flat
Artikel Berkaitan: Berkelakuan Pelik Sebelum Panjat Pagar, Lelaki Maut Terjun Tingkat 12
Putus cinta
Sekadar gambar hiasan
Menurut Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin, mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di tempat kejadian kira-kira jam 5:45 petang. Tambahya, saksi sempat melihat mangsa sedang bermain telefon di tingkat lima sebelum kedengaran bunyi sesuatu jatuh. Berdasarkan siasatan, mangsa mengalami masalah dengan teman lelakinya.
Teman lelaki kepada si mangsa mahu memutuskan hubungan dengannya dan mangsa cuba untuk menghubungi teman lelakinya namun, tidak dijawab.
Susulan daripada itu, polis membuat pemerhatian awal dan mendapati terdapat kecederaan teruk di bahagian kepala mangsa akibat jatuh ke lantai simen.
Sumber: Berita Harian