berita

Kematian Terlalu Banyak, India Terpaksa ‘Buang’ Mayat Ke Sungai Ganges

May 12th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Berpuluh-puluh jenazah yang meninggal dunia akibat dijangkiti positif Covid-19 di India telah dipercayai dicampak ke Sungai Ganges. Bilangan kes kematian di negara itu terus melonjak naik sehingga mencecah hampir 4,000 kes sehari pada dua hari yang lalu.

Artikel berkaitan: Ribuan Hadir Ke Festival Keagamaan Di Sungai Ganges, India Kini Berdepan ‘Tsunami’ Covid-19

Disebabkan terlalu banyak pesakit di hospital dan kerajaan negara tersebut dilaporkan tidak mampu lagi untuk membekalkan bekalan oksigen serta hospitaliti, pihak kesihatan terpaksa membuang jenazah pesakit ke dalam ibu sungai Ganges.

Bilangan kes baharu di India

Sumber: Google

Statistik menunjukkan bilangan kes positif Covid-19 di negara India cecah 329,942 sehari iaitu pada 10 May 2021. Manakala, bilangan kes kematian meningkat naik secara drastik sehingga 3,876 sehari.

Peningkatan kes mendadak ini bagaimanapun telah mengundang kebimbangan pihak kerajaan di negara itu akan keperluan hospitaliti dan bekalan oksigen yang tidak mencukupi.

Mayat dipercayai dibuang

Kredit foto: Global Village Space

Memetik laporan Global Village Space, pegawai tempatan yang dikenali sebagai Ashok Kumar melaporkan kira-kira 40 mayat telah dibasuh di daerah Buxar berhampiran sempadan antara Bihar dan Uttar. Mayat-mayat tersebut dipercayai dibakar di tebing sungai.

Namun, ada segelintir penduduk mempercayai mayat-mayat itu bukan dibakar sebaliknya telah dibuang di sungai berkenaan kerana mereka melihat tempat pembakaran mayat itu telah ditenggelami air.

Statistik Covid-19 dunia

Sumber: Google

Negara India setakat hari ini berada di nombor dua mempunyai kes tertinggi di dunia dengan mencatatkan bilangan kes sehari cecah 329,942 dan negara itu turut mencatatkan 249,992 kes kematian.

Sumber: Detik News, Global Village Space

SKIP THIS AD ×