Seperti kita sedia maklum bahawa akaun media sosial milik pelakon terkenal, Janna Nick telah dinyahaktifkan selepas dia terpalit dengan kontroversi mengenai artis K-pop sehingga mencetuskan pertikaian dalam kalangan rakyat Malaysia.
Artikel Berkaitan: ‘Korang Tak Tahu Perkara Sebenar..’ – Sering Dihina & Dikecam, Adik Tampil ‘Back-Up’ Janna Nick?
Artikel Berkaitan: Nyahaktif Laman Sosial, Janna Nick Nak Fokus Shooting Drama
Artikel Berkaitan: Janna Nick Buat Laporan Polis, Nafi Kutuk Artis K-Pop
Artikel Berkaitan: Dikecam Teruk Peminat K-Pop Isu ‘Lisa Blackpig’, Janna Nick Tutup Akaun IG, Twitter?
Terbaru, menerusi tinjauan OhBulan! mendapati Janna Nick telah kembali aktif di akaun Instagram miliknya. Malah, dia juga ada memuatnaik beberapa posting di platform tersebut.
Kata-kata Janna Nick
Menerusi perkongsian terbaru Janna Nick di Instagram, dia telah meluahkan tentang penerimaan seseorang terhadap diri kita. Malah, kita sendiri tidak boleh kawal apa yang difikirkan oleh orang ramai. Jika dilihat, penulisan Janna Nick itu seakan memberi kata-kata semangat kepada dirinya supaya lebih bersikap positif.
Anda tidak boleh kawal bagaimana orang lain menerima tenaga ada. Mata-mata yang melihat akan menapis apa yang anda lakukan dan katakan berdasarkan apa yang mereka rasakan, yang bukan mengenai anda. Teruskan apa yang anda lakukan dengan penuh intergriti dan kasih sayang.
‘Be strong angah’
Menjengah ke ruangan komen, ramai dalam kalangan rakan selebriti dan ahli keluarga serta para peminat tidak putus-putus memberikan kata-kata positif kepada Janna Nick. Mereka berharap agar pelakon ini terus kuat dalam menghadapi rintangan hidup serta jadikan kesilapan ini sebagai satu pengajaran supaya tidak mengulanginya lagi.
Sumber: Janna Nick