Dakwaan pelawak Ali Puteh terhadap kakak iparnya, Siti Norhidayah Mohd Ali yang dikatakan meletak barang yang didakwa berunsur ‘syirik’ di rumah peninggalan arwah Abam Bocey turut menarik perhatian seorang peguam.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hidayah Abam Sedih Tak Boleh Masuk Rumah Arwah, Gesa Ali Puteh Cepat Bayar RM60,000
Artikel Berkaitan: Selepas Hidayah Abam Pulang, Ali Puteh Dakwa Jumpa Garam Kasar & Bangkai Mengkarung Di Luar Rumah
Artikel Berkaitan: ‘Bergelak Ketawa La Dengan Sindiran Komen, Ini Barang Jangan Dibuat Main’ – Ali Puteh
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Pengamal Perubatan Islam ‘Sekolahkan’ Ali Puteh, Bukan Sihir Cuma Proses Memagar Rumah
Ulang kesilapan sama
Menerusi hantaran di Facebook, Peguam Nor Zabetha Muhammad Nor berkata video yang dikongsikan Ali di media sosial boleh dijadikan bahan bukti untuk Hidayah memfailkan saman fitnah di mahkamah.
Kata Zabetha, perbuatan yang dilakukan Ali itu adalah kesilapan yang boleh menjerat diri sendiri meskipun video tersebut telah dipadam.
Hari itu, Ali baru diarahkan oleh mahkamah untuk membayar ganti rugi kerana tindakan fitnah oleh bekas kakak iparnya. Jumlah ganti rugi yang perlu dibayar RM60,000.
Kemudian, kali ini dia muatnaik video lagi. Kalau dalam video itu, semua penonton faham gambaran dan penyampaian yang cuba disampaikan berkenaan bekas kakak iparnya.
Adakah dia dapat menyokong dan membuktikan bahawa kenyataan tentang garam, daun itu sebagai sesuatu perbuatan yang dilakukan oleh bekas kakak iparnya dan dengan niat tertentu?
Dalam video itu, cukup sekali lagi elemen-elemen bagi tuntutan saman fitnah iaitu terdapat tuduhan fitnah yang ditujukan dan merujuk kepada orang yang difitnah (bermakna kita tahu siapa yang dia rujuk itu) dan disampaikan pada pihak ketiga atau umum.
Dia sudah pernah disaman. Dia sudah lalui proses di mahkamah. Dia sudah cukup tahu bagaimana mahkamah memutuskan sesuatu perbuatan fitnah itu. Dia pasti tahu elemen fitnah itu apa kerana telah sendiri melalui proses soal balas di mahkamah sewaktu perbicaraan.
Kenapalah dibuat kesilapan itu berulang-ulang kali. Kan menjerat diri. Perbuatan fitnah ini, boleh dituntut mengikut jumlah kenyataan fitnah.
Kalau pernah disaman dan mahkamah mengarahkan membayar bukanlah satu tiket tidak disaman lagi. Setiap kali keluar kenyataan, setiap kali itulah boleh disaman.
Video dimuat naik telah dirakamkan dan dipadamkan tetapi telah dikongsikan oleh orang ramai.
Dalam pada itu, Zabetha mengingatkan untuk berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu perkara agar tidak menyesal di kemudian hari.
Kalau hendak buat sesuatu perkara. Pikir dahulu. Ada perkara elok berbincang sesama sendiri dan bukan dimuat naik di media sosial dahulu.
Pada Jumaat lalu, Hidayah meluahkan rasa kecewa apabila kehadiran dirinya bersama keluarga dan peguam ke rumah arwah di Gombak, Selangor, tidak disambut baik.
Cerita Hidayah, dia tersidai di luar kerana tidak ada sesiapa pun yang membuka pintu rumah.
Selepas Hidayah pulang, Ali mendakwa kakak iparnya itu meninggalkan beberapa barang seperti garam kasar, daun bidara, kulit limau serta bangkai mengkarung dipercayai untuk upacara ritual tertentu.
Sumber: Facebook