Pempengaruh media sosial, Dahlia Rizal menitipkan ucapan buat suaminya iaitu Imran Aqil melalui hantaran TikTok.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Imran Aqil Sah Jadi Suami ‘Influencer’ Cantik, Dahlia Rizal
Terima kasih suamiku
Menerusi aplikasi TikTok, Dahlia atau nama sebenarnya Nur Dahlia Ahmad Rizal menitipkan ucapan penghargaan buat Imran yang disangka pada awalnya hanya sekadar kawan di Instagram.
Kepada suami, sayangku dan rumahku. Terima kasih kerana menyayangi saya sepenuh hati apabila saya fikir tiada siapa yang mampu.
Terima kasih kerana berada disisi ketika saya fikir awak akan tinggalkan saya ketika masa sukar. Terima kasih kerana menjadi kawan baik saya apabila saya fikir awak hanya menjadi rakan Instagram saya.
Tambahnya lagi, dia terharu melihat Imran menjadi dirinya sendiri tanpa berpura-pura di hadapannya selain menerima dan menyayangi keluarganya dengan sepenuh hati.
Terima kasih kerana menyayangi keluarga saya sama seperti saya menyayangi mereka dan terima kasih kerana menjadi siapa anda bersama saya apabila saya fikir saya akan mendapat dua versi awak tetapi saya tidak.
Dalam pada itu, Dahlia meluahkan rasa gembira dan syukur dengan perkahwinan mereka selepas setahun mengikat tali pertunangan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah dan mendoakan kebahagiaan rumah tangga mereka berkekalan.
Komen netizen
Terdahulu, penyampai radio dan pelakon Imran Aqil akhirnya selamat diijabkabulkan dengan pempengaruh media sosial, Dahlia Rizal, pada malam Sabtu lalu.
Sumber: TikTok