berita

Kereta Mewah Punca Emma Maembong Minta Putus

January 8th, 2015 | by Wan
Isu & Kontroversi

clash

Setelah Emma Maembong mengeluarkan kenyataan bahawa dirinya sudah tidak tahan lagi dengan sikap Zizan, terbaru bekas kekasihnya pula tampil memberikan kenyataan berhubung perpisahan mereka.

Artikel Berkaitan: Emma Maembong Tak Tahan Sikap Zizan

Zizan yang sebelum ini mengambil pendekatan berdiam diri akhirnya tampil menjelaskan bahawa Emma tidak berpuas hati dengan hasratnya ingin memiliki sebuah kereta mewah berkuasa tinggi. Laa takkan sebab kereta pun minta putus?

Emma Tak Suka Lelaki Membazir

emm

Bercakap kepada Utusan Online, Zizan mengakui tiada perselisihan serius antara mereka berdua namun hasratnya memiliki kereta mewah ditentang.

Sebenarnya, tiada perselisihan serius antara kami. Emma marahkan saya kerana hendak membeli sebuah kereta mewah berkuasa tinggi kerana dia tidak suka lelaki yang membazir.

Malah, hajat saya juga ditentang oleh ibu saya sendiri. Itu yang menjadi punca perpisahan kami.

Masih Cintakan Emma

zani

Pada masa sama Zizan turut mengakui dirinya masih mencintai Emma dan berharap hubungan mereka kembali seperti dahulu. Zizan turut menafikan dakwaan yang mengatakan Emma mahu mengikis duitnya.

Tentang tohmahan yang kata Emma nak kikis duit saya itu memang saya nafikan. Ia sesuatu yang tidak betul sama sekali.

Kami yakin mesti ada sebab lain disebalik perpisahan Zizan dan Emma, iyalah takkan semata-mata kerana kereta mewah? Apa-apa pun doakan yang terbaik buat mereka!

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×