Pelawak dan usahawan Shuib meluahkan rasa syukur apabila kes fitnah membabitkan dirinya dan isteri, Allahyarham Siti Sarah akhirnya selesai.
Artikel Berkaitan:John Dihani Minta Maaf, Menyesal Fitnah ‘Buta Tuli’ Shuib & Siti Sarah
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shuib Jawab Tuduhan Hidup Bermewah Tapi Kebajikan Pekerja Terabai – ‘Benda Dah Salah, Mula Nak Tambah Cerita’
Kes selesai
Menerusi hantaran terkini di Instagram, Shuib berkata atas dasar ikhsan, dia telah memaafkan individu yang dikenali sebagai John Dhani yang bertindak melemparkan fitnah terhadapnya dan arwah Sarah.
Alhamdulillah hari ini (Rabu) 10 Januari 2024 selesai sudah kes fitnah terhadap diri saya dan arwah Siti Sarah. Hampir 5 bulan dan hari ini semuanya telah pun terjawab.
Fitnah kamu John Dihani adalah langsung tak berasas dan tak masuk akal! Tetapi atas dasar ikhsan dan profesional, saya maafkan kamu dan halalkan segala fitnah terhadap saya.
Dalam pada itu, Shuib atau nama lengkapnya Shahmira Muhamad berkata jumlah wang yang diterima daripada kes saman tersebut akan disalurkan kepada tabung amal Palestin di bawah Yayasan Nurjiwa.
Untuk saman ini, ada jumlah yang perlu dibayar cuma saya tak boleh jelaskan berapa jumlah yang perlu di bayar.
Hasil duit saman semua akan disalurkan ke tabung Palestin di bawah Yayasan Nurjiwa.
Dalam masa sama, pelawak berusia 40 tahun itu berharap kes sedemikian tidak akan berulang lagi pada masa hadapan selain dijadikan pengajaran oleh orang ramai.
Saya doakan semoga awak dipermudahkan segala urusan dan semoga ini juga menjadi pengajaran pada semua supaya lebih berhati-hati dalam menggunakan media sosial.
Jangan suka-suka menabur fitnah tanpa usul periksa. Jangan jadikan fitnah satu perkara normal. Ini bukan budaya kita orang Malaysia.
Terdahulu, Shuib meluahkan rasa kesal apabila difitnah ‘membunuh’ arwah isterinya, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin.
Selain tuduhan kejam itu, John Dhani turut mendakwa sebuah organisasi bernama Freemason menggunakan artis untuk mempromosikan vaksin.
Malah dia mendakawa Shuib tidak boleh mengingkari arahan organisasi berkenaan walaupun terpaksa mengorbankan keluarga sendiri.
Video
View this post on Instagram
Sumber: Instagram