berita

Throwback Menggila 2014 : Koleksi Foto Panas Artis Dihencap Netizen

November 25th, 2014 | by Wan
Isu & Kontroversi

panazzz

Bergelar artis bukanlah suatu perkara yang mudah, setiap gerak geri pasti akan menjadi perhatian masyarakat. Lebih-lebih lagi kalau artis berkenaan share foto yang mungkin tidak disenangi peminat, pasti mengundang kontroversi.

Jadi sebelum melangkah ke tahun baru, jom lah kita throwback sikit antara artis yang pernah terpalit dengan kontroversi ini. Enjoy!

pusat

Hanez Suraya

Dikaitkan dengan beberapa kontroversi seperti merampas suami orang sehingga menjejaskan periuk nasinya, 2014 boleh dikatakan tahun yang agak suram buat pelakon drama Suri, Hanez Suraya.

Artikel Berkaitan:

Sekitar Ogos dan Oktober yang lalu, Hanez Suraya terus dihentam hebat oleh peminat dek kerana beberapa keping foto yang menampakkan susuk tubuh dimuat naik di laman Instagram miliknya.

7n_adiputraunder00

Adi Putra

Pelakon kacak dari seberang tambak ini pernah dikaitkan dengan kontroversi saling bertukar foto dan mesej berbaur lucah dengan isteri orang! Lebih malang wanita tersebut telah diceraikan oleh suaminya selang beberapa bulan kemudian.

Artikel Berkaitan: Isu Foto Separa Bogel Tersebar, Adi Putra Tak Berniat Mahu Saman

Walaupun kes berkenaan berlaku sekitar September tahun lalu namun ianya berlarutan sehingga ke 2014 dan dikatakan akan dibuka semula. Itulah lumrah bergelar anak seni, harap Adi Putra terus cekal dan tabah.

hanis

Hanis Zalikha

Gara-gara berpakaian agak seksi untuk satu sesi fotografi bersama dengan majalah Cosmopolitan Malaysia, Hanis Zalikha dilabel sebagai pelacur oleh para peminat.

Artikel Berkaitan: Foto: Hanis Zalikha Digelar Pelacur Gara-Gara Tayang Perut

Malah ada antara peminat yang mengatakan Hanis Zalikha kini sudah berubah sejak bergelar artis. Hurm, biasalah kalau dah terkenal ini, ada je yang tak kena di mata peminat.

anjing

Karl Shafek

Bercakap pasal foto panas ini, tak semestinya foto tersebut perlu menampakkan susuk tubuh. Hal ini berlaku ke atas Karl Shafek yang tidak disenangi peminat apabila memuat naik foto bersama dengan seekor anjing.

Artikel Berkaitan: Foto Karl Shafek Bergambar Dengan Anjing

Tidak mahu foto berkenaan disalah anggap oleh peminat, Karl Shafek tampil menjelaskan bahawa beliau masih tahu menjaga batasan sebagai seorang muslim dan foto tersebut dirakam atas sebab nalurinya yang menyukai haiwan. Bergambar dengan anjing tak apa, jangan tiba-tiba peluk anjing tu sudahlah!

SKIP THIS AD ×