Walaupun segala persiapan menuju hari bahagia hampir siap, seorang gadis terpaksa akur dan reda apabila majlis pernikahannya terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab yang tertentu. Semoga terus kuat!
Artikel Berkaitan: Persiapan Majlis Kahwin 100% Dah Siap, Gadis Akur Kena ‘Cancel’ – ‘Sedekah Barang Goodies Untuk Orang Kampung’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Segala Persiapan Rapi Dah Siap Nak Akad Nikah, Gadis Sebak & Cekal Bila Dapat Tahu…
Artikel Berkaitan: Sempat Buat Countdown Menanti Hari Bahagia, 16 Jam Sebelum Nikah…Bakal Suami Dijemput Ilahi
Tak jadi kahwin
Menerusi video pendek yang dikongsi seorang gadis cekal dikenali sebagai Niniey Hadi, menceritakan satu mimpi ngeri yang mungkin tidak dapat dilupakannya. Video pendek tersebut memaparkan persiapan-persiapan yang telah dilakukan bersama pasangannya namun, atas persuratan takdir majlis tersebut dipercayai dibatalkan.
Kita rancang, Allah rancang dan Allah ialah sebaik-baik perancang. Allah tahu yang terbaik untuk kita. #Kahwintakjadi
Difahamkan, majlis tersebut sepatutnya berlangsung pada 20 Februari 2022 (Ahad) dan gadis ini menceritakan dia sama sekali tidak bergaduh dengan lelaki berkenaan. Bagaimanapun, gadis ini sama sekali tidak memperincikan mengapa hubungan tersebut terkandas di tengah jalan. Menerusi video tersebut, dia berkongsi beberapa persiapan yang telah dilakukan antaranya pelamin, barang hantaran dan baju nikah.
Apa yang jadi ada sebab. Kami baik je tak bergaduh pun.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut simpati dengan nasib yang menimpa gadis ini dan turut mendoakan dia supaya terus cekal mendepani hari-hari yang mendatang.
Video penuh:
Semoga terus kuat!
Sumber: Niniey Hadi