Umat Islam bakal menyambut tetamu agung iaitu bulan Ramadan dengan harapan yang berbeza-beza setiap tahun. Kesitimewaan pada bulan ini amatlah besar sehingga menjadi bulan yang dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam di dunia.
Artikel Berkaitan: Kelakar Tapi Benar – Ini 5 Kerenah Yang Korang Boleh Relate Dalam Bulan Ramadan!
Bulan antara Rejab dan Ramadan
Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Musnad Imam Ahmad, ‘persediaan’ sebelum tibanya bulan Ramadan adalah lebih penting berbanding ‘menyambut’ kedatangan bulan berkenaan. Nabi Muhammad SAW turut menuntut umat Islam untuk mengamalkan doa terbabit, bermula daripada bulan Rejab dan meneruskannya lagi sehingga Ramadan tiba.
Nabi Muhammad SAW bersabda kebanyakan manusia sering lalai akan bulan yang berada di antara Rejab dan Ramadan.
Bulan tersebut adalah bulan yang mana diangkat amalan-amalan kepada Allah SWT, maka aku suka ketika amalanku diangkat dalam keadaan aku sedang berpuasa.
Di era globalisasi ini, kebanyakan umat Islam lebih fokus kepada ‘menyambut’ bulan tersebut yang menyebabkan terdapat segelintir yang lupa akan kepentingan ‘persediaan’ menyambut bulan Ramadan. Masjid-masjid mula dihiasi dengan lampu berwarna-warni dan tapak bazar turut tidak ketinggalan buat peniaga mencari rezeki di bulan mulia itu.
Restoran dan hotel juga mengambil peranan dengan mengeluarkan segala promosi yang ditawarkan untuk berbuka puasa bersama keluarga atau orang yang tersayang. Selain itu, televisyen dan radio juga turut serta dalam membuat hebahan dan menyusun siaran ketika bulan Ramadan.
Persediaan menuju Ramadan
Pelbagai persediaan yang boleh kita amalkan sebelum tibanya bulan Ramadan. Yang pertama adalah dengan menjaga kesihatan dengan baik supaya kita dapat menjalankan ibadah dengan sempurna. Selain itu, membuat semakan semula ke atas amalan-amalan yang dapat menambah pahala kita pada bulan tersebut. Seperti contoh, bersedekah dan memperbanyakkan membaca Al-Quran.
Memperbanyakkan doa dan berselawat ke atas-Nya demi membersihkan hati dan jiwa adalah juga salah satu cara seseorang individu itu membuat persediaan bertemu Ramadan. Di samping itu, berusaha untuk bangun malam untuk persediaan fizikal dan mental juga dapat dikategorikan di dalam ‘persediaan’ menjelang Ramadan. Ini kerana di bulan tersebut, kita sewajarnya mengumpul lebih banyak pahala dengan membuat solat-solat sunat di tengah malam.
Persediaan menuju Ramadan lebih mudah dengan aplikasi Waktu Solat Malaysia. Dalam aplikasi ini terdapat banyak features yang boleh dimanfaatkan seperti belajar membaca Al-Quran. Secara tidak langsung, ini dapat membantu seseorang individu itu memperbaiki bacaan Al-Quran.
Marilah kita mengambil inisiatif dalam membuat persediaan sebelum menjelang bulan Ramadan dengan aplikasi Waktu Solat Malaysia sebagai panduan dan semangat untuk kita menuntut ilmu secara berterusan.
Jangan lepaskan peluang untuk muat turun aplikasi Waktu Solat Malaysia secara percuma supaya kita dapat membaca Al-Quran dengan cara yang lebih mudah.