berita

Lana Nordin Terkejut, Kongsi Perbualan Whatsapp Suami Mahu Belajar Al-Quran

December 14th, 2017 | by Wan
Kini Trending

Meskipun telah dua tahun mendirikan rumah tangga, pelakon Lana Nordin dan suaminya, Mohd Daud McKienzie masih lagi dalam fasa bulan madu seperti baru sahaja berkahwin. Jika anda mengikuti perkembangan aktres jelita itu di Instagram, dilihat dia gemar sahaja berkongsi momen-momen manis bersama suami tercinta.

Terbaru, pelakon yang mulai dikenali menerusi filem Gol & Gincu itu berkongsi berita gembira suaminya itu akhirnya terbuka hati untuk mempelajari agama Islam dengan lebih dekat. Menerusi paparan mesej yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya, difahamkan suaminya itu sedang membuat perancangan untuk mengaji Al-Quran dan solat dengan lebih baik. Kalau benar, Alhamdulillah!

‘Ya Allah, terima kasih kau bukakan hatinya’

Berkongsi berita gembira itu, Lana meluahkan rasa syukur akhirnya doanya telah pun terjawab. Membaca kapsyen iringannya, aktres itu berkata dia sangat terharu apabila membaca perbualan tersebut di telefon suaminya.

MMD&G.. terharu sangat2.. Benda yg paling bahagia bila check phone suami terjumpa msg sebegini.. Ya Allah terima kasih kau bukakkan hatinya Dan menerima doaku…. Semoga Kau berkatilah Dan Jagalah hatinya Dan Imannya terus bersamaMU…. Aminnn 

Meluahkan sentimen yang sama, netizen yang membacanya rata-rata memanjatkan rasa syukur sambila mendoakan kebahagiaan pasangan itu.

Netizen terharu, panjat rasa syukur

Kami di OhBulan! mendoakan agar pasangan Lana Nordin dan suami terus bahagia bersama.

Sumber: Instagram Lana Nordin

SKIP THIS AD ×