Sebelum ini, kecoh di media sosial mengenai insiden pergaduhan sekumpulan remaja dipercayai melibatkan beberapa orang Youtuber di gelanggang futsal. Susulan insiden tersebut, salah seorang individu yang didakwa cuba meleraikan pergaduhan itu telah menjadi mangsa iaitu Rahimie sehingga cedera di bahagian kening dan badannya.
Artikel berkaitan: Isa Isarb Buka Mulut Isu Pukul Budak Futsal, Kes ‘Settle’ Bayar Pampasan RM8 Ribu
Artikel berkaitan: Mangsa Cedera Di Kening, Badan Calar. Polis Cari Youtuber Gaduh Di Court Futsal
Terbaru, penyanyi rap iaitu Caprice menerusi entri di Instagram berkongsi sebuah video temubual bersama Rahimie untuk ketahui mengenai insiden tersebut secara lanjut.
Cuba meleraikan pergaduhan
Menerusi perkongsian video temubual tersebut, Rahimie mendedahkan kejadian pada malam tersebut dan dia mengakui tidak mengenali mereka. Difahamkan, dia cuba untuk meleraikan pergaduhan yang berlaku di gelanggang futsal tersebut dan meminta pasukannya dan pihak Hafiz memohon maaf sebelum Hafiz didakwa menghubungi Isa Isarb.
Saya tidak mengenali mereka. Saya cuma datang untuk bermain futsal sahaja. Perkara itu berlaku bersebab. Saya cuba meleraikan jadi saya cakap dengan dia orang kenapa perlu bergaduh? Kalau nak bergaduh, boleh ke gelanggang.
Kalau nak bermain, boleh teruskan bermain. Dia masih bercakap, jadi saya cakap apa lagi yang tak puas hati? Saya minta kumpulan saya untuk meminta maaf kepada dia. Dan saya cakap perkara yang sama juga dengan dia.
Pihak saya minta maaf, pihak sana ciao (beredar). Kemudian, mereka datang semula. Dia mula jerit dipukul. Saya ingat seseorang tujukan tangan ke arah saya. “Haa, dia ni pun ada” sedangkan saya meleraikan pergaduhan tersebut.
Perlukan keadilan
View this post on Instagram
Sementara itu, Rahimie juga menafikan khabar angin yang mendakwa dirinya memulakan dahulu pergaduhan dengan menumbuk pihak sana. Sementara itu, apabila ditanya untuk bersemuka dengan pihak sana, Rahimie hanya respon bahawa memerlukan keadilan dalam kes ini.
Saya tidak pukul langsung pihak sana. Hanya bercakap secara lisan, saya tidak tolak dia atau tumbuk. Saya perlukan keadilan saja.
Sumber: Caprice