Gambar sekadar hiasan
Di Bangkok, Thailand, seorang lelaki yang menghidap penyakit mental dipercayai membunuh ibunya dengan kejam telah ditahan pihak berkuasa Lat Krabang, Ahad lalu.
Artikel Berkaitan: Bunuh Pelayan Guna Bom Buatan Sendiri, Pasangan Suami Isteri Didakwa
Artikel Berkaitan: Bunuh Buang Mayat Isteri Dalam Lubang Kumbahan, Rahsia Bekas Penternak Babi Akhirnya Terbongkar
Ada sejarah penyakit mental
Menurut laporan The Thaiger, suspek yang berusia 37 tahun itu dikenali sebagai Noi Chanprem, mempunyai sejarah sakit mental dan pernah dimasukkan ke hospital mental dua tahun lalu namun telah dibenarkan keluar. Difahamkan, kondisi suspek bertukar parah apabila dia enggan mengambil ubat-ubatannya.
Sementara itu, polis yang menerima maklumat berhubung kejadian telah bergegas ke lokasi pangsapuri empat tingkat yang didiami mangsa. Susulan itu, polis menemui mayat Chai Chanprem, 61, ibu kepada suspek dengan berlumuran darah pada badan dan lantai bilik di tingkat tiga rumah berkenaan.
Chai diselubungi selimut dari kepala hingga ke pinggang. Pegawai bertugas menanggalkan selimut dan melihat Chai mengalami kecederaan parah di kepala. Para pegawai juga menemui injap silinder gas besi dengan darah di permukaannya berhampiran mayat Chai.
Suspek kemudiannya dibawa ke Balai Polis Lat Krabang untuk siasatan lanjut serta tindakan undang-undang atas perbuatan terbabit. Malah, turut difahamkan, suspek kini ditahan bagi menunggu pemeriksaan perubatan untuk masalah kesihatan mentalnya manakala mayat mangsa telah dipindahkan ke Institut Perubatan Forensik di Hospital Polis.
Sumber: The Thaiger