Seorang lelaki yang dipercayai bekas pegawai khas kepada mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Kali maut ketika sedang memandu.
Artikel Berkaitan: ‘Frontliner’ Tragedi Batang Kali Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung
Artikel Berkaitan: Budak Lelaki Maut Disengat Kala Jengking, Alami 7 Serangan Jantung
Dalam perjalanan pulang ke rumah
Sekadar gambar hiasan
Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah, kes diterima pada jam 5:14 pagi berhampiran lampu isyarat Persiaran As Salam, Bukit Sentosa, awal pagi semalam.
Tambahnya, mangsa, 52, menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) Proton Exora dan ditemui di dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Berdasarkan siasatan yang dijalankan, mangsa merupakan bekas pengawai khas mantan ADUN Batang Kali dan bekerja sebagai pemandu lori, Datuk Mohd Isa Abu Kassim.
Mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Perumahan Anggerik Bukit Sentosa.
Kes difahamkan akibat daripada serangan jantung sehingga kenderaan yang dipandunya terbabas di tempat kejadian.
Susulan daripada itu, mayat disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat. Kematian diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Sumber: Berita Harian