Hanya kerana mahu melepaskan nafsu serakah, seorang lelaki sanggup sanggup berulang-alik sejauh hampir 300 kilometer semata-mata untuk merogol remaja berusia 14 tahun.
Artikel Berkaitan: Ditinggal Tepi Jalan, Gadis OKU Menangis Dakwa Diperkosa 10 Lelaki
Artikel Berkaitan: Ahli Politik Dibuang Parti Politik, Lunyai Dipukul Orang Kampung Kerana Rogol Dua Anak Kandung
Rogol remaja dalam kebun sawit
Suspek yang berusia 22 tahun itu akan menghubungi dan membuat temujanji dengan mangsa terlebih dahulu sebelum mereka bertemu di kebun sawit. Suspek yang bekerja di sebuah restoran makanan segera dilaporkan menunggang motosikal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan ke Bukit Kepong, Johor.
Menurut Ketua Polis Daerah Muar Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, kejadian tersebut terbongkar selepas abang mangsa hairan adik perempuannya itu kerap ‘hilang’ setiap jam 1:30 pagi. Mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena, si abang mula menyiasat sebelum akhirnya mengetahui adiknya dan suspek melakukan perbuatan terkutuk tersebut di kebun sawit belakang rumahnya.
Susulan daripada itu, abang mangsa telah tampil membuat laporan polis dan suspek berjaya ditahan untuk membantu siasatan. Sementara itu, Mahkamah Majistret mengeluarkan perintah reman selama seminggu terhadap suspek bermula semalam.
Siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku sejak Mac lalu dan kali terakhir bulan lalu.
Sumber: Berita Harian