Pada Ahad lalu, pelakon jelita Datin Atikah Suhaime baru saja melangsungkan perkahwinan bersama pilihan hatinya, Datuk Lokman Teh.
Terbaharu, Atikah mendedahkan bahawa sedang memujuk suaminya untuk membenarkannya meneruskan kerjaya sebagai seorang pelakon.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Atikah Suhaime Kini Isteri Ahli Perniagaan Berstatus Datuk, Terima Mas Kahwin RM300
‘Sedang menyesuaikan diri’
Memetik laporan Harian Metro, Atikah atau nama sebenarnya, Nur Atikah Mohd Suhaime, memberitahu walaupun keluarga mentuanya menyukai dia terbabit dalam dunia hiburan, namun suaminya tidak gemar.
Menurut Atikah, suaminya tidak suka melihat dia melakonkan babak yang tidak sesuai seperti berpelukan atau adegan atas katil ataupun berpegangan tangan dengan lelaki bukan mahram.
Keluarga mentua sangat ‘suppotif’ dan menerima baik sekiranya saya meneruskan kerjaya lakonan, tapi Lokman saja belum beri lampu hijau.
Jadi saya masih memujuknya jika ada tawaran berlakon pada masa akan datang. Insya-Allah 29 Februari ini filem terbaharu lakonan saya berjudul Tantiana bakal ditayangkan di pawagam
Sebenarnya Lokman tidak suka saya melakonkan watak berpegangan tangan dengan lelaki atau sebarang babak yang tidak sesuai seperti berpelukan atau adegan atas katil.
Saya sudah beritahu kepadanya yang setiap babak boleh dibawa bincang dengan pihak produksi terlebih dahulu.
Tambah pelakon berusia 33 tahun itu, dia bahagia dan gembira dengan perkahwinannya sekarang, namun masih menyesuaikan diri dalam meminta izin untuk keluar rumah.
Sudah tentu saya bahagia dan gembira dengan perkahwinan ini. Cuma saya sedang menyesuaikan diri, lebih-lebih lagi dalam soal keizinan apabila nak keluar rumah.
Kalau dulu nak balik Singapura jumpa keluarga saya tak perlu minta izin sesiapa, tapi sekarang ini kena minta persetujuan suami dulu.
Begitu juga dengan panggilan kepada ibu dan bapa mentua saya. Sebelum ini saya memanggil mereka uncle dan auntie, tapi sekarang mereka sudah bergelar papa dan mummy saya.
Dalam pada itu, pelakon kelahiran Singapura itu memilih untuk berbulan madu di Jepun kerana dia amat menyukai bunga sakura dan ingin merasai sendiri pengalaman musim bunga.
Kalau perasan sewaktu majlis akad nikah Ahad lalu saya memilih konsep pernikahan ala sakura kerana saya memang suka bunga sakura.
Jadi saya pilih Jepun sebagai destinasi bulan madu dan nak pergi rasai pengalaman musim bunga buat kali pertama di sana pada Mac ini.
Sumber: Harian Metro