Pertandingan Akhir Bintang Kecil 2023 telah melabuhkan tirainya, semalam. Bertempat di Arena Gemilang, DeTAR Putra, UNIMAS, Kota Samarahan, Sarawak, peserta dari Sabah iaitu Kiki berjaya merangkul gelaran juara dan memenangi Anugerah Persembahan Terbaik. Tahniah!
Artikel Berkaitan: ‘Nyanyian & Penghayatannya Memikat Hati Saya’ – Ajai Pilih Aufahanie Cover Lagu ‘Saat Hilang Cintamu’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kalau Dah Legend, Nyanyi Atas Kerusi Roda Pun Padu!’
Salah sebut nama pemenang
Di Twitter, rata-rata netizen memberi pujian buat kesemua peserta yang bertanding. Ujar netizen, anak-anak kecil ini memiliki suara yang merdu, kualiti vokal yang bagus dan aura bintang yang menyerlah. Namun begitu, netizen meluahkan rasa tidak puas hati dengan gandingan hos Azam Pitt dan Sweet Qismina.
Sweet dilihat salah mengumumkan nama pemenang bagi kategori Anugerah Persembahan Terbaik sewaktu upacara penyampaian hadiah berlangsung. Meskipun Sweet sudah meminta maaf secara ‘live’ dan mengaku dirinya sedang gementar membaca keputusan, netizen mendakwa perkara sebegitu tidak wajar berlaku.
Bukan itu sahaja, gimik yang dilakukan oleh pihak produksi semasa mengumumkan nama pemenang juga dikatakan tidak masuk akal. Ujar netizen, mereka berasa kasihan melihat reaksi Farha sewaktu cahaya lampu menerangi dirinya pada waktu keputusan diumumkan.
Tambah netizen, perkara yang dilakukan oleh pihak produksi pada waktu itu sangat tidak lawak. Ini kerana, budak-budak turut mempunyai hati dan perasaan.
Tak perlu gimik macam itu
Sekadar info, Pertandingan Akhir Bintang Kecil 2023 menyaksikan lapan orang finalis berentap untuk merebut gelaran juara. Antara peserta yang bertanding di peringkat akhir ialah Ariel (Kedah), Danial (Sabah), Iman (Kuala Lumpur), Qasih (Sarawak), Elle (Sarawak), Wa’ie (Johor), Farha (Selangor) dan Kiki (Sabah).
Sumber: Twitter