Berikutan isu kerja lebih masa yang memberi kesan kepada produk berkualiti, Zed Zaidi cadangkan untuk bekerja kurang dari 12 jam sehari.
Artikel Berkaitan: Tak Peduli Kecaman Netizen, Zed Zaidi Kini Dilantik AJK FINAS
Artikel Berkaitan: Seniman Sedia Jalin Kerjasama Dengan Finas & SKMM Tangani Isu Media Sosial
Artikel Berkaitan: Cadangan COVIDSENI-2020 Dipertikai, Zed Zaidi Jelaskan Perkara Sebenar
Kru dan pelakon tidak sepatutnya kerja lebih masa
Menerusi laporan Berita Harian, isu ini telah di bahan beberapa kali tetapi masih tidak dapat dilaksanakan. Hal ini kerana iainya membabitkan pelbagai agensi dan kementerian. Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) yakin dengan bekerja lebih masa boleh memberi kesan kurang baik kepada kualiti dan produktiviti ketika penggambaran.
Menurut Presiden Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), Zed Zaidi, artis yang bekerja lebih masa adalah yang selalu terlibat dengan kes penyalahgunaan dadah mengikut program yang pernah diadakan seperti ‘Ketagihan, Penyalahgunaan Dadah di Kalangan Selebriti Tempatan: Kajian Terhadap Industri Filem, Televisyen dan Muzik’.
Susulan itu, cadangan untuk tidak bekerja lebih masa mendapat sambutan seperti daripada Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) dan Persatuan Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (PROFIMA).
Walaupun menerima data sokongan, SENIMAN tidak mahu terburu-buru untuk mengelakkan berlaku pertukaran kerajaan kerana Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) mungkin diadakan.
Tambahnya lagi, elaun perlu diberikan kepada kru dan para pelakon jika penggambaran lebih daripada 12 jam sehari.
Sumber: Berita Harian