berita

‘Manipulasi Anak Membenci Ibu Bapa..Satu Perbuatan Keji’ – Apa Maksud Farid Kamil?

June 1st, 2023 | by Alia
Kini Trending

Pelakon dan pengarah sensasi, Farid Kamil sekali lagi mengundang perhatian warganet apabila dia memuat naik petikan kata-kata (quote) tentang memanipulasi anak-anak.

Artikel Berkaitan: Diana Danielle Bersuara, Nafi Terima 8 Cincin Daripada Farid Kamil

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Diana Terima Barang Kemas Yang Saya Bagi’ – Farid Kamil

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Farid Kamil Setia Pertahan Rumah Tangga, Diana Dianelle Berkeras Mahu Bercerai

‘Manipulasi anak-anak..’

Menerusi satu perkongsian di Instagram (IG) Story, Farid Kamil atau nama sebenarnya Farid Kamil Zahari memuat naik petikan kata-kata yang menyatakan bahawa tindakan memanipulasi anak-anak untuk membenci ibu atau bapa adalah satu perbuatan yang keji.

Manipulasi anak-anak untuk membenci ibu atau bapa mereka adalah satu perbuatan keji yang dilakukan oleh seseorang.

Bagaimanapun, pelakon Anwar: The Untold Story itu tidak menyebut nama mana-mana individu berhubung perkara berkenaan.

Terdahulu, Farid mendedahkan bahawa Diana telah menerima lapan barang kemas yang diberikan menerusi anak-anaknya namun aktres itu tampil menafikan perkara tersebut.

Sebelum ini, keputusan Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) pasangan itu gagal menjumpai jalan pendamaian, dan Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari telah menetapkan tarikh prosiding pelantikan hakam kerabat pasangan selebriti itu pada 15 Jun hadapan.

Pada 10 Mac lalu, Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Alasan diberikan pelakon filem Imaginur itu adalah tiada persefahaman, sudah berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri. Bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai terhadap Diana.

Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan Farid dan Diana untuk menjalani proses JKP.

Sekadar info,Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×