Personaliti media sosial, Mekyun mendedahkan dia telah ditawar untuk menjadi isteri kedua kepada seorang lelaki yang berstatus suami orang.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Mek Yun & Ibu Dakwa Diekori Lelaki Warga Asing – ‘Dia Nampak Tengah Rekod, Terus Blah’
Artikel Berkaitan: Mekyun Dakwa ‘Influencer’ Sombong Berbanding Artis – ‘Ada Vibes Aku Lagi Bagus Daripada Kau’
Tak sensitif
Menerusi perkongsian di Threads, Mekyun atau nama sebenarnya Wee Yun Nee berkata dia telah didekati oleh seorang peminat wanita yang mahu bergambar dengannya.
Secara spontan, wanita tersebut kemudian menawarkan Mekyun untuk menjadi madunya.
Nak cerita, semalam ada seorang kakak ni datang nak ambil gambar dengan saya.
Lepas itu dua kali dia tanya, ‘nak jadi bini nombor dua suami saya tak? Nak jadi madu saya tak?’ Sambil tunjuk dekat suami dia, depan anak-anak. Takut.
Tidak menyangka situasi tersebut akan berlaku kepadanya, Mekyun berkata dia hanya mampu ketawa dan menggelengkan kepala.
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai respon diberikan oleh warganet, antaranya ada yang berpendapat wanita tersebut berkemungkinan mahu menguji kesetiaan suaminya.
Selain itu, warganet juga menyifatkan wanita berkenaan tidak sensitif meskipun niatnya mungkin hanya untuk berseloroh.
Itu sebenarnya untuk uji suami dia dan jangan percaya wanita tu. Sebelum bermadu bukan main menjemput, dah bermadu mengadu sana-sini kata dia yang terpaling teraniaya.
Kalau saya jadi suami dia, saya lari terus. Dia yang tanya kita pula yang malu.
Tak berapa gemar kalau pasangan nak test market macam ni. Sangat tidak selesa dan tidak menjaga sensitiviti perasaan semua pihak. Bagaimana kalau suami dia buat dekat dia perkara yang sama?
Sumber: Threads Mekyun