Foto: CST Production & Instagram Siti Fairuzzz
Majlis perkahwinan pelakon Intan Najuwa dan suami, Datuk Ahmad Asraf Azman di Desaru Coast, menjadi bualan warganet sejak Jumaat lalu. Mana tidaknya, Intan telah menerima mas kahwin sebanyak RM20,000 dan hantaran berjumlah RM222,000.
Artikel Berkaitan: Intan Najuwa Sah Bergelar Isteri Datuk, Terima Mas Kahwin RM20,000 & Wang Hantaran RM222,000
Artikel Berkaitan: Intan Najuwa Terima Teguran Seksi, Netizen Minta Maaf Cepat Melatah – ‘Semoga Istiqamah Sebagai Wanita Muslimah’
Pretty with brain
Di platform media sosial, pengguna rancak berborak mengenai jumlah mas kahwin dan hantaran yang diterima aktres berumur 27 tahun itu.
Rata-rata peminat menyifatkan Intan atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abdul Wahid layak dengan pemberian mahal kerana aktres itu cukup sempurna.
Kata mereka, Intan seorang wanita yang ‘beauty with brain’, bekerjaya dan pandai memasak.
Memang layak pun dia hantaran tinggi. Dah la belajar pandai, berlakon pandai, masak pandai, cantik dan comel pula.
Masya-Allah Intan tu budaknya pandai. Memang berbaloi dengan harga hantaran dan mas kahwin.
Berbaloi la duit hantaran dengan mas kahwin. Dia pun bukan biasa-biasa. Pretty with brain.
Popular, cantik, pandai, rajin dan muda. Memang patut pun dapat banyak hantaran. Tahniah Intan dan selamat pengantin baru.
Ini baru betul hantaran beratus beribu pun tak apa sebab Intan memang bijak, pandai dan cantik. Sempurna.
Dalam pada itu, wargamaya menyatakan ini adalah rezeki yang tertulis buat pelakon drama Kekasih Paksa Rela apabila menjadi ‘datin’ di usia muda.
Pada Jumaat lalu, Intan sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Datuk Ahmad Asraf Azman, 39, dengan hanya sekali lafaz.
Awal tahun ini, timbul desas-desus mengenai Intan yang dikatakan sudah bertunang buat kali kedua dan akan melangsungkan perkahwinan pada tahun ini.
Intan bagaimanapun tidak menafi atau mengiyakan perkara berkenaan sebaliknya memberitahu akan berkongsi berita gembira itu jika ada.
Terdahulu, Intan pernah bertunang dengan ahli perniagaan, Razrul Anwar Rusli pada Ogos 2019, namun hubungan itu tidak bertahan lama.
Sumber: TikTok