berita

Mengadu Dinding Retak Sebab ‘Renovate’ Rumah, Sekali Jiran Pulak Yang Nak Buat Report

January 28th, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Bila hidup berjiran, antara perkara yang paling penting adalah sikap timbang rasa, toleransi dan saling hormat-menghormati. Namun, tidak dinafikan mendapat jiran yang sempurna bukanlah ‘rezeki’ semua orang. Kadang kala, ada jiran yang bersikap mementingkan diri sendiri sehingga menyebabkan kedua-dua pihak bermasam muka.

Artikel Berkaitan: Tiga Kali Jiran Letak Paip Aircond Dekat Rumah Orang, Yang Pelik Bila Tanya Tak Mengaku

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Jiran Oh Jiran! Sampai 3 Rumah Dia Tumpang Sidai Baju…

Artikel Berkaitan: Biar Air Basuh Baju & Pinggan Mengalir Depan Rumah, Lelaki Ini Geram Dapat Jiran ‘Selfish’

Hanya minta berhati-hati

Satu perkongsian seorang pengguna TikTok @ekarni76 menunjukkan keadaan dinding rumahnya yang retak dari atas hingga ke bawah. Video tersebut berlatarbelakangkan bunyi dril dinding yang datang dari rumah jiran yang sedang membuat ubah suai di bahagian dapur.

Menurut pengguna tersebut, dia telahpun menghubungi jirannnya untuk memaklumkan tentang keadaan dinding itu, dan tidak langsung meminta ganti rugi, cuma memohon agar kerja ubah suai dilakukan dengan lebih berhati-hati. Namun, jiran tersebut memberitahu tidak mahu bertanggungjawab atas kerosakan tersebut.

Saya tak minta ganti rugi pun, cuma minta sedikit berhati-hati… kemudian suaminya datang ke rumah bersama kontraktor menyatakan dia tidak akan bertanggungjawab atas kerosakkan tersebut.

Jiran pula yang buat aduan

Namun, apa yang lebih mengejutkan lagi, ‘teguran’ baik pengguna tersebut turut dibalas dengan amaran dari jirannya yang berkata mereka akan membuat aduan kepada majlis perbandaran bahawa dinding rumah mereka telah digunakan tanpa kebenaran oleh pemilik video tersebut.

Bahkan dia akan membuat aduan ke MPPG (bahawa) kami telah memakai dinding rumahnya.

Video penuh

Sumber: Tiktok

SKIP THIS AD ×