Sebelum ini, penyanyi Liza Hanim meluahkan rasa terkilan dengan tindakan seorang pengguna media sosial yang mengutuk rupa parasnya.
Artikel Berkaitan: Liza Hanim Dikutuk Muka Berlubang & Hidung Kembang – ‘Tergamak Komen Begini, Tak Bertimbang Rasa’
Artikel Berkaitan: ‘Kesal Dengan Netizen Yang Konon Pandai Tapi Terserlah Kebodohan’ – Siti Nurhaliza ‘Back Up’ Liza Hanim
Terbaru, pelantun suara ‘Gelisah Mimpi’ itu meluahkan rasa kesal apabila anak-anaknya turut menjadi mangsa kritikan.
Tak payah kacau anak-anak aku
Menurut Liza, dia tidak akan memaafkan perbuatan individu berkenaan kerana dianggap keterlaluan. Pada masa yang sama, Liza memberi pesanan agar individu tersebut jangan menganggu anak-anaknya.
Mengata aku seorang saja sudah. Tak payah kacau anak-anak aku. Aku tak maafkan! Merangkaklah kau cari aku nanti.
Difahamkan, anak sulung Liza iaitu Marsya Qistina turut terkena tempias berikutan isu rupa paras yang hangat diperkatakan sejak beberapa minggu lalu. Sebagai ibu, Liza tampil melindungi anak-anaknya dan memberi amaran ‘keras’ buat individu yang berani mengutuk dan mengejek tanpa memikirkan akibat buruk yang boleh terjadi terhadap si penerima.
Terdahulu, Liza berkata dia tidak akan mengambil sebarang tindakan udang-undang kerana telah lali menerima kecaman sebegitu sejak mula bergelar anak seni.
Namun, dia berharap agar orang ramai mengambil iktibar dan tidak menjadikan rupa paras atau saiz badan sebagai bahan ejekan.
Sumber: Liza Hanim