Bercuti mengelilingi dunia menjadi impian kebanyakkan daripada kita. Namun, tidaklah semua yang mampu dalam mengecapi impian sebegitu.
Susulan itu, selebriti popular, Noor Neelofa memesan di story Instagramnya untuk menikmati peluang ketika berjalan mengelilingi dunia dan bukan hanya sekadar konten di media sosial.
Artikel Berkaitan: Neelofa Geli Hati Jawab Soalan Netizen – ‘Tak Ada Job Ke Asyik Buat Live Je?’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Tengok Bentuk Badan, Pakai Dress Ikat Belakang’ – Mata Tajam Peminat Dakwa Neelofa Hamil Lagi
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Haris Banyak Sedarkan Saya Tentang Kesyukuran & Keberkatan’ – Neelofa
‘Percayalah saya…’
Menerusi hantaran selebriti berusia 33 tahun itu, dia menyatakan bahawa jumlah tanda suka dan tontonan yang diterima hanyalah perasaan puas yang sementara.
Awak mengembara untuk melihat dunia atau untuk dunia melihat awak? Rasai dan nikmati segala perkara disekeliling anda. Bukan semua untuk dijdikan konten media sosial sahaja.
Jangan tertipu dengan jumlah tanda suka dan tontonan kerana ianya hanya sementara dan membuatkan anda inginkan lagi dan lagi.
Susulan daripada itu, isteri kepada penceramah popular, Haris Ismail turut menasihati orang di luar sana untuk sentiasa berhati-hati dalam perkara yang membuatkan diri itu berasa puas.
Percayalah saya, tahun-tahun lalu saya mengajar saya ini.
Sumber: Instagram @neelofa