Cuba menjernihkan keadaan, usahawan kontroversi Vida tampil membuat permohonan terbuka menerusi sebuah video di Instagram (IG) miliknya.
Artikel Berkaitan: Dato Vida Nafi Tuduh Anuar Zain ‘Gay’, Ziana Zain Anggap Tindakan Biadap
Artikel Berkaitan: Suka Cari Publisiti Murahan, Fazley Hilang Hormat Dengan Vida – ‘Kaya & Popular Tidak Menjamin Adab …’
Artikel Berkaitan: ‘Hati-Hati Bila Berkata, Jaga Anak Sendiri Dahulu’ – Ernie Zakri
Terlajak perahu boleh diundur …
Vida, 51, memohon maaf dan mengakui kesilapannya kepada kepada semua pihak yang telah terguris hati termasuk keluarga Anuar.
Menurut Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, dia tidak berniat seperti yang didakwa dan beranggapan mungkin dia sudah terlepas cakap.
Assalamualaikum semua. Saya Datuk Seri Vida, memohon maaf atas kekhilafan, kekeliruan atau mungkin perkataan saya yang mungkin menggores hati banyak pihak, peminat, keluarga Zain, Anuar Zain.
Saya minta maaf banyak-banyak. Saya tidak bermaksud, tidak berniat. Mungkin terlepas cakap atau gurauan tanpa sengaja. Saya tak boleh nak ‘recall’ (ingat balik) apa yang saya cakapkan itu.
Sebab benda ni dah lama sebenarnya. Jadi baru sekarang muncul.
Peminat Anuar Zain
View this post on Instagram
Dalam pada itu, pelantun lagu I Am Me mendedahkan dia merupakan peminat kepada penyanyi tersebut dan sangat meminati lagu Lelaki Ini.
Apapun saya minta maaf, tak berniat langsung dan saya meminati sangat-sangat Anuar Zain. Saya minat Lelaki Ini. Tapi jadi kekeruhan macam ni…. kekalutan.
Apa lagi yang saya dapat ucap melainkan saya memohon maaf banyak-banyak buat rakyat Malaysia, Anuar Zain, keluarga Zain.
Maafkan saya dan saya harap sangat dapat berjumpa in person dengan Anuar Zain. Hajat besar ada, projek besar ada, insya-Allah.
Hasil pemerhatian OhBulan!, ibu kepada dua orang cahaya mata itu telah menutup ruangan komen di perkongsian tersebut.
Sebelum ini, menerusi satu siaran ‘live’ di media sosial, Vida didakwa melabel Anuar sebagai seorang yang mengamalkan hubungan sejenis. Tindakan keterlaluannya itu juga telah membuatkan kakak Anuar iaitu Ziana Zain menulis komen ‘sangat biadap’.
Sumber: Instagram @datoserivida