Pelakon Sharifah Sakinah enggan memanjangkan isu berkenaan anaknya yang dibuli di media sosial kerana tidak ingin menjadi salah seorang yang ‘bermasalah’.
Artikel Berkaitan: Anak Sering Dijadikan Bahan Ejekan, Sharifah Sakinah Beri ‘Last Warning’ Kepada Netizen
Artikel Berkaitan: Netizen Komen Dapat Jilat ‘Best’, Sharifah Sakinah Respon Takut Menyesal Je
Artikel Berkaitan: Sharifah Sakinah Pakai ‘Circle Sequin Dress Hot’, Netizen Kesian – Doa Agar Dapat Hidayah
Malas layan orang bermasalah
Ketika ditemui OhBulan!, Sakinah atau nama penuhnya Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired memaklumkan tujuannya memberi amaran terakhir itu sebagai tindakan undang-undang dan peringatan untuk orang luar tidak mengulangi hal yang sama. Walau bagaimanapun, Sakinah menyerahkan segalanya kepada pihak peguam.
Katanya lagi, dia enggan mengambil hal ini sebagai satu yang negatif malah hanyalah sekadar amaran.
Saya bukan nak letak dorang dalam penjara pun. Sebab bila kita jumpa dorang, dorang sendiri akan mintak maaaf. Sebab dorang takut.
Dorang ini memang ‘bermasalah’. Kalau saya layan, saya marah lagi, saya yang akan ‘bermasalah’.
Sakinah berkata demikian ketika tayangan perdana ‘Jemputan Ke Neraka’ di GSC Starling Mall, Petaling Jaya, semalam.
Dalam pada itu, Sakinah menyatakan keutamaannya adalah ketenangan. Jika terdapat komen-komen yang tidak baik, Sakinah lebih memilih untuk mendiamkan diri.
Walau bagaimanapun, Sakinah menganggap ianya membuang masa, waktu dan duit untuk memanjangkan hal sebegini dengan segala urusan mahkamah.