berita

Muat Naik Video Sambut Birthday Anak Di IG, Shuk Bengang Ruangan Komen Dihujani Reaksi Negatif. Siap Ajak Jumpa!

July 14th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Semalam, Shuk Sahar dan isterinya iaitu Rossalennah Natassyiah Asshaferah telah menyambut ulang tahun kelahiran anak kedua mereka iaitu Nur Assyifatu Aimy yang ke-2 tahun.

Artikel berkaitan: ‘Kalau Terpadam Story Atau Feed Semua, Bukan Saya Yang Padam’ – Isteri Shuk

Artikel berkaitan: Isteri Shuk Dakwa Rumahtangga Masih Diganggu Fara, Siap Ugut Nak Terjun Bangunan!

Artikel berkaitan: ‘Sanggup Dapatkan Balik Keluarga & Kebahagiaan Saya’ – Shuk Mengaku Buat Silap

Menerusi posting yang dimuat naik Shuk, rata-rata netizen mendoakan yang terbaik buat pasangan tersebut dan berharap mereka sekeluarga kekal gembira buat selama-lamanya.

Semoga jadi anak solehah

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ???? ????? (@shuk_sahar)

Happy birthday si gondeng. Semoga dapat membesar menjadi anak yang solehah, jadi adik yang baik. Amin.

Memandangkan situasi sekarang tidak sesuai untuk melakukan majlis ulang tahun kelahiran secara besar-besaran, Shuk dan isteri telah menganjurkan majlis ulang tahun kelahiran secara ringkas dan bermakna buat puteri kedua mereka. Menerusi video tersebut, Shuk kelihatan mendukung anaknya sambil menyanyikan lagu ‘birthday’. Pasangan tersebut turut menyediakan kek dan juadah sempena majlis tersebut. Sebagai ayah, Shuk berdoa yang terbaik buat anaknya.

Di ruangan komen, rata-rata netizen gembira melihat Shuk menyambut ulang tahun kelahiran anaknya. Namun begitu, seorang individu telah membangkit kemarahan Shuk apabila meninggalkan komen yang tidak sepatutnya di posting berkenaan.

Boring la dekat kau ni

Menurut individu berkenaan, dia berasa bosan melihat posting Shuk. Lebih teruk, individu tersebut turut menghina tubuh badan Shuk. Geram membaca komen yang ditulis oleh individu berkenaan, Shuk meminta individu tersebut memberi nombor telefonnya di ‘direct message’. Ujar Shuk, dia boleh bersemuka dengan individu tersebut sekiranya individu berkenaan mahu memberi ceramah ataupun bersembang dengan dirinya.

Sumber: Shuk Sahar

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Content Champion at Rev Asia Berhad
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×