berita

Muhammad Afwa Nama Diberi Untuk Anak Kedua Siti Nurhaliza

April 26th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Genap seminggu, akhirnya penyanyi Datuk Sri Siti Nurhaliza mengumumkan nama penuh cahaya mata keduanya iaitu Muhammad Afwa. Pemilihan nama anak kedua ini dipilih mempunyai makna yang bersesuaian dengan kelahirannya dalam Ramadan.

Artikel berkaitan: [FOTO&VIDEO] Siti Nurhaliza Selamat Bersalin Anak Kedua, Comel Macam Muka Aafiyah!

Artikel berkaitan: Siti Nurhaliza Doa Anak Lelaki Jadi Pemimpin Yang Berdedikasi, Hafaz Al-Quran

Maksud Muhammad Afwa

Bayi lelaki seberat 3.84 kilogram ini diberi nama Muhammad Afwa. Malah, nama tersebut dipilih sendiri oleh Siti Nurhaliza dan Dato Khalid Muhammad Jiwa dalam memberi maksud keampunan atau kemaafan bersempena nama Muhammad Afwa.

Hari ini, 26 April 2021, bersamaan dengan 14 Ramadan 1442H, anakanda saya genap berusia 7 hari. Sunat menamakan anak yang baharu lahir dengan nama yang elok dan membawa makna baik kerana nama itu yang akan dipanggil di hari akhirat kelak.

Alhamdulillah, hari ini, suami dan saya ingin berkongsi wajah dan nama anakanda kedua kami. Kami menamakan anakanda kami dengan nama Muhammad Afwa yang membawa makna keampunan atau kemaafan.

Muhammad Afwa lahir pada bulan Ramadan, bulan keampunan dan di dalam doa malam Lailatul Qadar juga ada menyebut afwa. Afwa melengkapkan afiyah dan terdapat di dalam doa yang saya dan suami pilih iaitu doa lengkap afiyah.

Kongsi wajah anak kedua

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Sumber: CTDK

SKIP THIS AD ×