berita

‘Mungkin Dia Sudah Rasa Hendak Pergi Meninggalkan Kami’

August 18th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Seorang penumpang pesawat yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina di Shah Alam, Selangor semalam dikatakan teruja semasa menaiki pesawat itu, malah sempat menghantar gambar swafotonya kepada ahli keluarga sebelum terlibat dalam nahas tersebut.

Artikel Berkaitan: Nahas Pesawat Terhempas Di Elmina Bukan Tragedi Pertama, Rupanya….

Artikel Berkaitan:‘Patut La Sedih Sangat, Rupanya Adik Sepupu Sendiri’

Artikel Berkaitan: ‘Saya Amat Bersedih Dengan Kehilangan Ini’ – Young Syefura

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Rakaman ‘Dashcam’ Kejadian Pesawat Terhempas Di Elmina

Artikel Berkaitan: EXCO Pahang Antara 10 Terkorban Nahas Pesawat Terhempas Di Elmina

Artikel Berkaitan: ‘Terdengar Bunyi Dentuman Yang Kuat…Nampak Seseorang Dalam Keadaan Terbakar Rentung’ – Saksi

Kongsi Swafoto

Menerusi laporan Harian Metro, Norsyahirah Omar berkata, arwah abang sulungnya Komander (B) Shaharul Amir Omar, 49, tidak pernah menghantar gambar swafotonya dalam aplikasi WhatsApp kumpulan keluarga mereka sebelum ini.

Sebelum ini arwah tidak ada swafoto, dan hanya menghantar gambar tempat dituju dalam WhatsApp keluarga kami, tetapi semasa menaiki pesawat itu dia nampak amat teruja, lain dari biasa dan memberitahu seronok bos belanja menaiki pesawat.

Banyak gambar swafotonya yang dihantar semasa dalam pesawat… mungkin dia sudah rasa hendak pergi meninggalkan kami. Kami tidak menyangka itulah kali terakhir ‘bersembang’ dengan dia,” katanya ketika ditemui pemberita di kediaman arwah di Seri Manjung.

Tambah Syahirah, mereka sekeluarga terkejut apabila melihat video tular di media sosial petang semalam dan berusaha menghubungi arwah kerana bimbang namun arwah gagal dihubungi, dan kali terakhir maklumat yang diterima adalah apabila arwah memberitahu ibunya akan bertolak dari Langkawi ke Subang pada 2 petang.

Berbicara lebih lanjut, Syahirah berkata abangnya seorang yang bertanggungjawab dengan menjaga kesemua adik-adiknya dan ibu mereka Che Ana Abdullah, 67, yang juga suri rumah selepas kematian bapa mereka akibat kanser hati pada 2010.

Selepas kematian ayah, abang banyak menjalankan tanggungjawab terhadap semua keperluan keluarga dan membantu adik-adik yang masih belajar.

Arwah yang mempunyai empat anak berusia 12 hingga 19 tahun juga seboleh-bolehnya mencari masa untuk pulang dan berkumpul bersama keluarga walaupun sibuk bekerja, tetapi dalam sekelip mata dia sudah tiada, namun kami reda akan pemergiannya.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×