berita

MV Mega Bakti Bantu Operasi Mencari KRI Nanggala-402, Netizen Indonesia Zahir Ucapan Terima Kasih Buat Malaysia

April 26th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Misi bantuan operasi mencari dan menyelamat kapal selam KRI Nanggala-402 telah dibantu oleh negara Singapura, Malaysia, Australia dan Amerika Syarikat, tempoh hari. Negara kita, Malaysia turut menghantar kapal selam MV Mega Bakti dari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) untuk membantu kehilangan KRI Nanggala-402.

Artikel berkaitan: Tentera Negara Indonesia Dedah Visual Keadaan Kapal KRI Nanggala-402 Terbelah 3 Bahagian Di Dasar Laut

Artikel berkaitan: Pengesahan Visual Sedalam 800 Meter, 53 Kelasi KRI Nanggala-402 Meninggal Dunia

Di laman Twitter, rata-rata netizen Indonesia turut mengucapkan terima kasih buat Malaysia kerana telah turun padang menghulurkan bantuan misi mencari dan menyelamat KRI Nanggala-402 itu.

Terima kasih sahabat Malaysia

Meninjau di laman Twitter, kelihatan ramai pengguna media sosial di Indonesia menzahirkan ucapan terima kasih buat negara-negara yang telah membantu mencari kapal selam negara itu. Kapal selam KRI Nanggala-402 dilaporkan hilang sejak 21 April lalu di perairan Bali sewaktu pasukan tentera menjalani ujian.

Terdapat beberapa buah negara lain yang turut menawarkan bantuan dalam pencarian kapal selam itu termasuklah Jerman, Perancis, Turki dan India.

Sumber: Twitter

SKIP THIS AD ×