Pelakon, Nabila Huda baru-baru ini mendedahkan bahawa dia telah menerima ugutan daripada seorang individu yang mendakwanya telah mencuri budaya Indonesia.
Artikel Berkaitan: ‘Teguran Itu Bersifat Profesional & Tidak Ditujukan Pada Sesiapa’- Nabila Huda
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Inilah Rahsia Ketiak Saya Putih’ – Nabila Huda
Curi budaya?
Menerusi ciapan di laman X, individu tersebut dilihat menulis hantaran dengan nada tidak berpuas hati terhadap Nabila.
Paling mengejutkan, individu berkenaan juga berani mengugut untuk menculik anak aktres terbabit.
Nabila Huda adalah ‘claimer’ nombor satu, pencuri budaya Indonesia.
Saya akan culik anak awak kalau awak masih ‘claim’ tentang budaya Indonesia.
Tidak berdiam diri, Nabila atau nama sebenarnya Nabila Huda Suhaimi mengulang ciap hantaran tersebut dan meminta bantuan pengikutnya untuk memberi respon terhadap individu berkenaan.
Bagaimanapun, akaun tersebut didapati tidak lagi boleh diakses secara umum.
Boleh sesiapa tolong balas?
Oh dia dah ‘private’ akaun eh?
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet menyifatkan tindakan individu tersebut sangat melampaui batas selain pengikutnya juga menasihati Nabila untuk membuat laporan polis demi keselamatan dia dan keluarga.
Dah buat laporan polis? Dah ugut anak ini bukan main-main walaupun dia jauh di sana.
Kenapa dia ni? Aduhai..boleh buat laporan untuk keselamatan.
Sumber: Platform X