berita

Naim Daniel Akui Video ‘Kelibat’ OST Pengabdi Setan Memang Real! Rancang Buat Solat Hajat

December 19th, 2017 | by Wan
Kini Trending

Seram sejuk. Itu yang boleh diungkapkan apabila netizen melihat rakaman video cover OST ‘Pengabdi Setan’ Naim Daniel yang menampakkan satu kelibat putih seakan melintasi belakang artis tersebut.

Artikel berkaitan: [VIDEO] Nyanyi OST Pengabdi Setan, Naim Daniel Seru Ibu Mawarni? Seram!

Ada juga sebilangan netizen yang menanggap ia adalah sebahagian daripada percubaan ‘gimik’ penyanyi tersebut. Ingin mendapatkan penjelasan sebenar, Naim menerusi Mstar mengesahkan ia bukanlah suatu gimik ‘editing’, sebaliknya ‘benda’ itu memang betul lalu. Seram weyyy!

“Boleh pulak dia membukan-bukan kat belakang tu”

Menerusi portal berita tersebut, Naim sendiri mengakui terkejut melihat kelibat tersebut selepas video itu menjadi viral di Twitter.

Sebenarnya cover lagu tu Naim dah buat dalam minggu ni cuma baru post semalam. Cover tu Naim buat untuk late night cover which is dalam pukul 11 ke 12 malam dalam empat belas hari lepas

Masa record video tu naim tak check video tu balik, just record lepas tu nanti-nanti lah post dan semalam baru tergerak hati nak post dan Naim pon post.

Lepas setengah jam post, Naim saja nak check balik phone lepastu nampak banyak komen yang tanya apa benda dekat belakang Naim kat sebelah kiriso Naim dengan kawan-kawan tengok balik video tu pastu kitaorang terus ‘Ya Allah boleh pulak dia membukan-bukan dekat belakang tu’.

Dedah Naim lagi, sebelum ini pernah juga rakan-rakan serumah mengalami gangguan seperti kena tindih ketika tidur tetapi memilih untuk tidak memikirkan perkara tersebut.

Tambah pelakon tersebut, dia dan rakan-rakan bercadang untuk membuat solat hajat dan bacaan yassin di rumah sewanya.

Seram kan? Lagi meremang bulu roma bila tahu benda tu memang betul.

Sumber: Mstar

SKIP THIS AD ×