Hantaran dibuat penyanyi, Shila Amzah di platform X mencuri perhatian apabila dia menyebut mengenai ibu tirinya, Siti Munirah.
Artikel Berkaitan: Ibu Coretkan Ucapan Istimewa Buat Shila Amzah Sempena Hari Lahir – ‘Semoga Umur Anakku Adalah Umur Yang Berkat’
Artikel Berkaitan: Syada Amzah Rindu Nak Berkumpul Dengan Adik- Beradik – ‘Mustahil Tak Sayang Darah Daging Sendiri’
Gambar dengan ibu tiri
Menerusi perkongsian itu, Shila atau Nurshahila Amir Amzah menyedari banyak gambar dia bersama wanita terbabit di dalam galeri foto miliknya.
Namun, penyanyi berusia 35 tahun itu bertindak mahu memadam semua foto berkenaan kerana ingin membersihkan galerinya.
Nak membersihkan foto galeri, saya baru menyedari bahawa saya mempunyai terlalu banyak gambar dengan ibu tiri saya. Ketika itulah saya menyedari bahawa dia pernah menjadi sahabat saya.
Sementara itu, rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan balas banyak meninggalkan komen berbunyi ‘bestfriend adalah maut’.
Imbas kembali, konflik rumah tangga bapa Shila iaitu Datuk ND Lala tercetus apabila ibunya, Fauziah Sarman mendedahkan wajah wanita bernama Siti Munirah dengan keterangan gambar ditulis ‘penyondol’ dalam Instagram miliknya.
Difahamkan, Siti Munirah merupakan kawan baik kepada Shila ketika mereka di bangku sekolah.
Selepas konflik berpanjangan, ND Lala dan Fauziah akhirnya sah bercerai pada 2 Ogos 2023 dengan lafaz cerai yang dibuat ND Lala melalui ‘voice note’ (rakaman suara) di WhatsApp.
ND Lala dan Fauziah mendirikan rumah tangga mereka pada 1989 dan hasil perkongsian hidup itu dikurniakan empat anak iaitu Shila, 35, Amir Syafiq, 32, Amir Syahir, 30 dan Nur Syuhada, 27.
Sumber: X